Namun Ashraf tetap berfikiran positif dan berdoa supaya Ramadan yang bakal disambut dua hari sahaja lagi diberikan keajaiban oleh Allah SWT. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia perlu menjalani ibadah puasa di wad Hospital Sungai Buloh tahun ini namun dia tidak berasa sunyi kerana masih ada pesakit lain yan berada di wad.
“Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit tidak selesa.
“Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menunggu hasil ujian swab kedua,”
– Ashraf Muslim
Pelakon berusia 39 tahun ini juga turut mengajak semua untuk melakukan solat tahajud dan meminta ampun pada Allah SWT menerusi perkongsiannya di Instagram.
“Allahuakbar. Siang dan malam di wad ini asyik memikirkan bagaimana suasana Ramadan kali ini bersama-sama pesakit di sini.
“Kawan-kawan, malam ini jom ramai-ramai kita solat tahajud dan minta ampun pada Allah supaya Allah ampunkan kita semua dan berikan keajaiban pada kita di bulan Ramadan ini.
Allah yang berikan kita Covid-19 maka dia juga akan menghapuskannya. Semestinya Allah rindukan doa kita. Sama-sama kita buat,”
– Instagram Ashraf Muslim
Semoga lekas sembuh ya Ashraf. Sama-sama lah kita berdoa untuk Ashraf dan pesakit -pesakit wabak ini supaya dikurniakan kesembuhan. Dapatlah mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga tahun ini.