Apple pada tahun ini dijangka hadir dengan kemaskini untuk telefon pintar mercu mereka, dan mungkin memperkenalkan iPhone seterusnya dengan nama iPhone 12. Pelbagai desas-desus berkaitan dengannya telah mula kedengaran, termasuk mengatakan ia mungkin hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil, selain spesifikasi lebih berkuasa.
Terbaru, melalui laporan Reuters yang memetik penganalisa Goldman Sachs, ia dikatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone 12 sekitar bulan November kelak.
Sekiranya hal ini benar, maka ia mungkin tidak begitu mengejutkan – memandangkan penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan terhadap pengeluaran dan pembangunan produk baru.
Sebelum ini, Apple sering memperkenalkan iPhone generasi baru sekitar bulan September. Buat masa ini, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelbagai laporan dan desas-desus ini.
Sumber: Amanz