Jangan lepaskan peluang anda untuk serlahkan bakat nyanyian anda
‘Cover Star ERA’ yang baharu saja dilancarkan pada 2 April 2018 secara eksklusif di laman media sosial telahpun meraih sambutan yang hangat, dengan lebih 4,900 penyertaan dalam masa seminggu sejak ia ‘LIVE’ di Instagram.
Sambutan kempen ‘Cover Star ERA’, yang memerlukan para peserta untuk memuatnaik ‘persembahan’ lagu cover mereka ke laman media sosial telah menyaksikan penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sehingga kini, penyertaan telah mencatit 4,933 jumlah keseluruhan peserta.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas “Kami amat bersyukur atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat-peminat ERA terhadap kempen Cover Star ERA ini. Ia cukup membanggakan bagi kami untuk melihat pelbagai bakat-bakat istimewa ini – banyak di antara penyertaan yang telahpun kami lihat setakat ini, pembawakan persembahan mereka amat mengagumkan! Pastinya proses pemilihan nanti akan menjadi sukar kerana semuanya memang berbakat.
Bagi mereka yang ingin menyertai Cover Star ERA, cepatlah muatnaik video persembahan cover anda yang terbaik sebelum tarikh tutup pada 15 April nanti.â€
Peserta ‘Cover Star ERA’ yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal berlatih dengan artis-artis terkemuka dalam industri yang akan berkhidmat sebagai juri, sebelum ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara ‘Cover Star ERA’.
Pendaftaran penyertaan bermula dari 2 April 2018 sehingga 15 April 2018. Video berdurasi satu minit perlu dimuatnaik ke laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA. Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.
Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen ERA, layari www.era.je atau ikuti laman media sosial ERA di Facebook, Instagram dan Twitter.