Ferhad, dari suami yang pendiam bertukar jadi ‘notty boy’ bila dia perform. Lama betul tak tengok penyanyi lagu-lagu soul dan R&B ini, kan? Tapi sekali layan muzik dan lagu-lagu Ferhad, memang rasa nak tengok lagi pada masa akan datang. Tambahan pula, Ferhad memang nampak matang dan gila-gila sikit dengan gaya nakalnya mengusik penonton.
Dua jam berada di Planet Hollywood, terasa macam satu jam sahaja. Vokal Ferhad memang mantap dan bergaya dengan showmanship yang sangat hebat. Saya hairan bagaimana beliau tidak menyibukkan diri dengan karier nyanyian.
Maksud saya, mengapa Ferhad tidak dapat pergi lebih jauh dalam industri seni suara sedangkan bakat, mutu, keunggulan, keunikan dan karisma sebagai penghibur sudah ada dalam diri Ferhad. Mungkin dah jadi suami, Ferhad sibuk dengan rumahtangga yang sudah 6 bulan mendapat anak.
Ligat di pentas, Ferhad tidak betah untuk berceloteh dan mengusik penonton yang terdiri dari pelbagai bangsa. Dia memang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Speaking London dalam 70%, you all. Kekadang tak faham jugak saya apa yang dipercakapkan. Tetapi Ferhad ni memang kelakar giler. Antara lagu Kasih Berubah, Higher & Deeper, Sunshine Or Rain, Give Me Sumthin, Pernah, 1 2 3, Lost Without U, Seribu Impian (berduet bersama Casey) dan Peaces In Our Live.
Mula-mula muncul dengan kemeja hitam, lepas tu dalam sesi kedua pun berpakaian serba hitam jugak. Siap dengan tali leher. Saya tertarik sekali dengan lagu baru yang dinyanyikan iaitu, Satu dan Kukoo. Mungkin akan meletop setelah album barunya akan berada di pasaran nanti dalam bulamn Ogos.
Antara selebriti yang datang ialah penyampai radio Suria FM antaranya Zana atau Zhana, Burn, Ashraf Sinclair, Sarah Raisuddin yang datang bersama tunangnya dan pelakon drama yang saya tak kenal.
Terima kasih kepada Planet Hollywood yang sudi menjemput Sensasi Selebriti.