Pada pagi Sabtu nan damai, 16 Mei lalu, Budiey ditemani Cyrill Hassan selaku pembantu telah diterbangkan ke negara Filipina oleh MTV Asia untuk menghadiri konsert MTV Music Evolution Manila, Hip Hop 2015. Masing-masing memang teruja dan super-duper excited giler la sebab dapat jalan-jalan di negara asing dan menikmati muzik hip hop. Jadi, gaya pakaian kami pun ala-ala retis hip hop je semasa kat sana. Dengan topi, baju T besar dan seluar besar. Fuh! cukup la berimej hip hop kan?
Pastinya, ini adalah kali pertama kami diterbangkan ke Manila untuk mengikuti sebuah event konsert terbesar yang menyajikan muzik bergenrekan Hip-Hop. Sebelum ini, mana ada konsert seperti ini. Kalau ada pun, genre hip hop atau rap ini dicampur adukkan dengan muzik genre pop, balada dan sebagainya. Teruja tu memanglah sangat teruja kerana kami dapat berpijak di negara yang penuh dengan budaya dan nilai estetika tersendiri. Sambil menyelam kami minum air. Hehe 🙂
Budiey dan Cyrill juga berpeluang untuk mengikuti sidang media yang berlangsung pada petang 17 Mei hari Ahad yang menampilkan kesemua artis hip-hop yang terlibat. Ternyata, muzik hip-hop masih lagi punya peminat mereka tersendiri di seluruh negara Asia Tenggara dan dengan itu MTV Asia merasakan konsert seperti ini relevan diadakan setiap tahun. Jika tahun ini dibuat di Manila, mungkin tahun depan MTV Music Evolution akan diadakan di Malaysia pula. Manalah kita tahu kan. Harapnya, konsert ini dapat menonjolkan kelibat semua pemain dan penyanyi di negara kita yang tak kurang hebatnya.
Walaupun sekarang ini banyak sekali muzik genre pop dan lagu moden yang menjadi trend menghuni peminat, namun muzik hip hop masih punya kemajuannya tersendiri. Lagu-lagu hip hop juga sudah berkembang di mana tidak macam dulu lagi yang menyuntik lirik yang sinikal dan lagu yang cukup dinamik dan lebih bertenaga.
Di Manila sendiri, Budiey dapat lihat betapa peminat genre muzik hip hop masih menggila. Antara yang popular ialah Abra dan Gloc-9 yang kerap memenangi anugerah di negara Manila.
Budiey difahamkan MTV Asia begitu prihatin dengan tuntutan peminat di Manila dan memandang usaha konsert ini menjadi pencetus untuk menaikkan muzik serta mengangkat martabat muzik ini di seluruh Asia. Berlangsung di Rizal Park, Manila, dengan keluasan tapak yang begitu selesa sudah cukup memuatkan sekalian peminat di sana.
Gloc-9
MTV Music Evolution Manila menampilkan penyanyi hip hop terkenal Filipina seperti Abra dan Gloc-9 serta turut diserikan dengan kumpulan hip hop Amerika Syarikat seperti Naughty By Nature, YG, DJ Cash Money dan anggota kumpulan Black Eyed Peas, Apl De Ap yang juga anak kelahiran Filipina.
Budiey cukup gembira dan sangat selesa berada bersama trip ini kerana segala kemudahan disediakan oleh penganjur termasuklah hotel penginapan, kenderaan dan penerbangan pergi dan balik. Bukan itu sahaja, Budiey juga dapat gembira dapat bertemu dan mengenali beberapa wartawan dan media dari negara Asia Tenggara lain.
Abra
Semasa sidang media berlangsung, Budiey melihat semua media begitu teruja bertanyakan soalah kepada penyanyi hip hop.
Pada jam 6 petang, Budiey sampai di tapak konsert dan semua media diberi masa untuk mengemaskini berita dan info di bilik media yang disediakan.
Pengacara dan penyampai MTV Filipina seperti Yassi Pressman dan Chris Schneider serta penyampai MTV Asia Singapura, Alan Wong dan Hanli Hoefer. Jam 7 malam, Budiey sempat meninjau keadaan Rizal Park yang dipenuhi dengan sekalian peminat hip hop. Kira-kira hampir 22,000 penonton telah membanjiri kawasan. Persembahan pembukaan bermula dengan sorakan gemuruh yang gempak dari Gloc-9, Abra, Apl De Ap yang mewakili Filipina. Ternyata durasi konsert selama 2 jam lebih itu, sudah cukup menghiburkan peminat yang inginkan kelainan pada persembahan.
Slim 400 dan YG bergabung
Walaupun jemputan penyanyi tidak ramai, enam artis yang tampil membuat persembahan kelihatan cukup memberi kepuasan buat penonton.
Tampil dengan lima lagu popularnya, Gloc-9 turut mempersembahkan lagu Upuan dan Sumayaw Ka yang kian popular dalam kalangan peminat hip hop Filipina.
Kehadiran Abra juga turut dinanti-nantikan apabila dia dilihat begitu hebat mempersembahkan nyanyian rap yang memukau penonton.
Kemunculan Apl De Ap sememangnya dinantikan. Dilahirkan di negara berkenaan, Apl yang mendendangkan lagu-lagu Black Eyed Peas begitu menarik perhatian penonton.
Apl turut berduet dengan Abra menyanyikan lagu popular Black Eyed Peas pada 2003 iaitu Where Is The Love.
Hip hop yang sinonim dengan DJ diserikan dengan persembahan daripada DJ Cash Money. Tampil pula rapper yang menggunakan nama pentasnya, YG menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popularnya.
Seperti dinanti-nantikan kehadiran mereka di pentas MTV malam itu, persembahan Naughty By Nature tidak mengecewakan penonton.
Menutup tirai persembahan, mereka tampil dengan lagu-lagu hits sehingga penonton begitu bersahaja menyanyi sambil menari mengikuti lagu yang dipersembahkan kumpulan yang dianggotai oleh Treach, Vin Rock dan DJ Kay Gee itu.
Naughty By Nature cukup popular sejak era 1990-an dengan lagu-lagu seperti O.P.P, Hip Hop Hooray dan Feel Me Now.
Walaupun pertama kali dianjurkan, Budiey kira konsert ini menjadi pencetus fenomena baru kepada genre hip hop dan pemilihan Manila nyata tidak sia-sia sebagai lokasi pertama konsert MTV Music Evolution tahun ini. Mungkin tahun depan kita akan lihat pula konsert seperti ini diusung di tempat kita sendiri.
Budiey ingin berterima kasih kepada MTV Asia yang sudi menjemput Budiey.com dan menaja penginapan serta penerbangan ke Manila. Thank you so much MTV Asia!
The free entry show is recorded live for global telecast under the MTV World Stage global series to an international audience of more than three-quarters of a billion households in over 160 countries. The show premieres on-air on Saturday, 30 May at 6pm (TH/WIB), 7pm (SG/PH), and 8pm (MY).