in

Corat-Coret Makan & Lepak Bersama Noryn Aziz

Malam itu malam yang cukup indah. Peminat sudah terpacak menanti awal kehadiran penyanyi pujaan mereka. Tengok pada gambar kat bawah ni, suasana meriah walaupun pemenang hanya 10 orang. Terima kasih Noryn Aziz.

Agak lama juga Budiey bercuti tahun ini. Maklumlah hujung tahun. Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang. Melepaskan penat lelah. Kadang-kadang kita perlu mengambil masa yang panjang untuk melayan diri sendiri.

Tahun 2018 sangat memenatkan. Jadi tak salah kalau Budiey bercuti panjang kali ini. Rasanya nak dekat sebulan juga tak kemaskini blog dan juga menghadiri event.

Pulang dari lawatan kerja media junket Master Z: The Ip Man Legacy di Hong Kong, Budiey terus melihat jadual. Kot-kot ada event yang perlu dihadiri. Haa! Sekali, memang ada kau! Event tu memang Budiey yang create atau cipta untuk mengumpulkan sebilangan peminat bermesra dengan artis pujaan mereka. Tak lain tak bukan, Makan Lepak Bersama Artis Pujaan…. terima kasih kepada Tony Roma’s yang sudi menjadi tuan rumah.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz. Tak sah kalau tak bergambar kat photo feature wall ni.

Untuk bulan Disember, Budiey memilih untuk menemukan pembaca dengan seorang penyanyi bersuara emas, Noryn Aziz. Baru sahaja segar bugar keluar dari program realiti GEGAR VAGANZA musim ke-5. Khabarnya, bilang-bilang, hitung-hitung… dah sebulan 14 hari macam tu la.

Sehari sebelum acara, Budiey dah pilih lima orang pemenang siap-siap. Semua yang dipilih adalah memang betul-betul peminat setia dan tegar Noryn Aziz. Ada di kalangan mereka mula melihat bakat nyanyian Noryn dari program GEGAR VAGANZA dan ada juga yang dah lama minat tapi tak berpeluang nak jumpa.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi bertungkus lumus menghantar penyertaan. Siap hantar slogan tu karang panjang-panjang. Bukti korang memang nak sangat menang kan?

Jalan menghala ke Melawati Mall pada hari Jumaat di remang senja lewat sore tu taklah sesak mana. Memandangkan masih ramai yang bercuti. Jalan masih lengang. Budiey ambil masa 10 sahaja untuk sampai dari rumah. Nasib baiklah tak jadi buat kat Sunway Pyramid.

Lama tak bertemu Noryn. Orangnya sangat simple. Senyuman tetap manis terukir. Kami seolah dah kenal lama. Mesra tamahnya macam dulu-dulu. Jarang nak bertemu. Itu pun semasa Gegar Vaganza. Kalau tidak memang harapkan bertembung kat event sahaja.

“Saya datang awal. Lepak dulu dengan Afiq kat sini. Saje bincang apa yang patut dengan Afiq sementara menunggu Makan Lepak ni. Kebetulan bawak Umar jalan-jalan, bosan kat rumah katanya.”

– Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Tengoklah mimik muka Umar yang begitu nakal. Tengok pada mood juga budak ni. Kadang-kadang okay, kadang-kadang kalau datang mood tak nak layan sangat, macam ni lah.

Hadir bersama dengan ibu Noryn dan anak lelaki manja, Umar namanya. Juga tak lupa pengurus Noryn, Kak Su yang sangat memberi kerjasama. Kami berborak santai sebelum menantikan makanan sampai.

Rancak juga kami bercerita tentang kenangan dan momen Noryn Aziz di Gegar Vaganza. Saat yang dia tak dapat lupa di mana kena menyanyikan sebuah lagu rap di konsert akhir berduet bersama Dia Fadila.

“Malam tu, kami ingatkan Inul, penyanyi dangdut dari Indonesia yang datang jadi juri. Sekali tengok Joe Flizzow! Hah! Apa lagi, saya dah gabra sebab Joe ni kira penyanyi rap yang sangat femes. Menilai nyanyian kami. So, malam tu, saya cakap kat Dia Fadila, kena buat betul-betul ni.”

– Noryn Aziz

Menurut Noryn, kariernya berubah 360 darjah selepas menyertai Gegar Vaganza. Jemputan untuk buat persembahan makan malam banyak juga mememenuhi jadual kerjanya.

Tak lupa, Noryn menjemput semua untuk hadir menyaksikan persembahannya dalam program Hiburan Minggu Ini anjuran Astro pada 5 Januari nanti.

Budiey sempat menemubual Noryn Aziz selama 6 minit. Kemaskini apa yang patut. Pasti ramai peminat nak tahu perkembangan sang juara GV yang satu ini kan.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Pertemuan singkat malam tu seolah mencemburui kami. Hampir dua jam bersantai sambil makan-makan hidangan yang disediakan mana cukup. Mungkin satu hari nanti kami dipertemukan semula.

Terima kasih Noryn Aziz dan juga pihak pengurusan dan juga Budiey nak terima kasih kepada Tony Roma’ s yang menyediakan tempat untuk kami makan dan lepak untuk kali ini.

Semoga kita dapat bertemu lagi ya.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz
Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kutipan Pembukaan Filem MASTER Z: THE IPMAN LEGACY RM1.5 Juta

First 4DX Theatre Launches at GSC 1Utama