in

Hotel Review Constance Belle Mare Plage Mauritius

Mauritius merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang paling popular di dunia. Ia sangat sesuai buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan.

Terkenal dengan pantai-pantai indah yang menjadi tarikan negara tersebut, pulau ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang paling popular di situ adalah Constance Belle Mare Plage.

Hotel mewah yang berada di bawah payung jenama hotel Constance ini terletak sekitar 1 jam dari lapangan terbang antarabangsa Mauritius dan beberapa minit sahaja dari pantai peranginan popular. Sungguhpun begitu, ia menempati satu kawasan yang besar di kawasan pantai Poste de Flacq dan terdapat sebuah lapangan golf di sebelahnya.

La Citronnelle - Main Restaurant -   01

Dilengkapi dengan 104 buah bilik, 149 junior suite, 6 suite deluxe, 18 buah vila dan sebuah vila presidential, kesemua unit penginapan direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Tersedia juga bilik penginapan yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Malah buat kanak-kanak terdapat Constance Kid’s Club bagi kanak-kanak dari umur empat hingga 11 tahun. Di sini ada kemudahan seperti aneka permainan dalam, serta komputer dan macam-macam lagi. Tersedia juga kolam renang khas buat kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-kanak boleh juga makan pizza yang mereka buat sendiri di kelas membuat pizza.

Hotel ini mempunyai empat buah kolam renang berasingan mengikut sayap masing-masing serta kolam renang khas bagi kanak-kanak. Selain kolam renang dan juga Jacuzzi, para tamu boleh juga memanjakan diri di U Spa by Constance dan bersenama di pusat gimnasium. Para pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti lain yang tersedia di hotel ini seperti akuarobik, pakej lawatan bersiar-siar, dan banyak lagi aktiviti luar lain seperti menyelam, bermain golf dan seumpamanya.

Soal menjamu selera pula terdapat banyak tempat makan di hotel ini. Di antaranya La Citronelle, Indigo, Deer Hunter, Lakaze dan banyak lagi. Restoran-restoran ini mempunyai keistimewaan masing-masing dan ada yang menghidangkan aneka sajian antarabangsa serta hidangan khas Mauritius. Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Mauritius.

Junior Suite Room 414 - Bedroom   with Seaview - 01

Indigo - 2

Lobby - 1

Lakaze Main Resaurant - 01

Blue Penny - Wine Cellar - 1

Constance Belle Mare Plage Mauritius Buat Seisi Keluarga!
Oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sempena Tahun Baru 2017 Korang Wajib Sertai Peraduan Menang Jam Solvil et Titus

Ulasan Filem ALLIED dari Kaca Mata Penonton Premiere With Budiey