in ,

Hotel Review Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Di tengah-tengah kota Perth di Australia Barat, tersergam indah sebuah hotel mewah yang lahir dari sebuah bangunan kukuh sejak 140 tahun yang lalu. Ia dikenali sebagai Como The Treasury, dan terletak di tengah-tengah pusat bandar Perth.

Hotel serba mewah ini mengekalkan senibina dan seni reka bangunan asalnya iaitu, bangunan treasury atau bangunan jabatan harta dan kewangan. Kini ia dilengkapi dengan kemudahan paling moden serta ciri-ciri hebat dan mewah yang lain.

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Como The Treasury Perth: Lambang penginapan mewah masa kini

[dropcap]D[/dropcap]an apa yang paling berbeza tentang Como The Treasury berbanding dengan hotel-hotel mewah lima bintang yang lain, hotel ini tidak menawarkan bilik atau suite biasa tetapi sejumlah kecil suite peribadi buat kesemua tetamunya!

Ia seakan-akan sebuah rumah agam besar dan mempunyai hanya 48 buah suite peribadi. Setiap suite mempunyai ruangan yang luas dan mempunyai perabot serta kelengkapan bilik paling mewah. Dan seperti mana-mana hotel masa kini ia dilengkapi dengan sambungan wifi.

[pullquote align=”right”]Keanggunan setiap bilik dengan gaya perabot moden dan terkini membuat anda berasa seolah-olah anda berasa di sebuah vila mewah anda sendiri. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan para pekerja hotel yang sangat ramah serta profesional.[/pullquote]

Selain bilik-biliknya yang mewah, hotel ini turut mempunyai sdebuah kolam renang dalaman yang luas, sebuah gimnasium yang serba lengkap, dan spa tersohor mereka yang diberi nama Shambhala, khas buat kegunaan para tamu. Spa Shambhala merupakan spa yang berada di tarafnya sendiri serta menjadi pilihan mereka yang ingin dimanaja tatkala berada di sebuah kota.

Bagi tujuan menjamu selera para pengunjung, terdapat dua tempat makan eksklusif iaitu Wildflower yang terletak di tingkat empat hotel ini serta The Post di tingkat bawah. Wildflower memberi kesempatan kepada para tamunya untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sungai Swan yang indah dari tingkat bumbung. Post pula merupakan destinasi popular untuk sarapan dan juga makan tengah hari. Malah terdapat banyak menu berasaskan sayuran dan ikan di bawah menu Como Shambhala yang kaya nutrisi serta khasiat.

Kedua-dua tempat makan ini menyajikan pilihan hidangan tempatan serta antarabangsa yang paling enak, menepati kedudukannya sebagai sebuah hotel antarabangsa bertaraf lima bintang. Terdapat juga pilihan ruang makan peribadi untuk menjamu teman dan keluarga dari lapan sampailah 20 orang. Tersedia juga Treasury bar and Lounge untuk bersantai sambil menikmati minuman petang.

Dihiasi dengan ruang dalaman yang lapang dan direka indah, di sekeliling bangunan ini juga terdapat kedai-kedai lain yang menarik dan popular. Selain daripada itu ia juga sangat berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah, aneka restoran halal dan macam-macam lagi. Itu antara kelebihan hotel ini kerana ia benar-benar berada di tengah bandaraya Perth. Yang membezakannya adalah strukturnya yang gah nan mewah.

Jadi sekiranya anda menyenangi penginapan yang mewah serta berkelas tinggi dan masih kaya dengan nilai-nilai sejarah tersendiri, singgahlah untuk bermalam di Como The Treasury di Perth.

Pengalaman bermalam di sini sahaja sudah seperti mengunjung sebuah tapak bersejarah atau sebuah rumah agam kurun ke 18. Selain lokasinya yang sangat strategik, berdekatan dengan kebanyakan kawasan tumpuan dan pusat perniagaan kota Perth, ia juga menawarkan perkhidmatan terunggul masa kini!

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Hotel COMO THE TREASURY di Perth

Como The Treasury Perth: Lambang penginapan mewah masa kini

oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Debuts OK DANCEOKE MUSIC Show & MTV ASIA SPOTLIGHT

Sinopsis Filem JILBAB TRAVELER LOVE SPARKS IN KOREA