Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar bersama si comel walaupun Emma masih berada dalam mood berpantang sebelum ini.
Photoshoot Pertama Baby
Pelakon berusia 28 tahun itu telah berkongsi gambar-gambar anaknya yang pertama kali melakukan photoshoot. Menerusi muat naik yang dibuat, pelbagai komen positif diterima apabila mereka yang memuji kecomelan dan keunikan mata si kecil itu.
Dapat pujian warganet
Pelakon wanita tersebut dan suaminya turut membuka akaun Instagram untuk anak tersayang dengan memaparkan perjalanan kehamilan Emma sehingga dia melahirkan.
Dalam akaun @eslovestory, dapat diperhatikan mata bayi lelaki Emma Maembong berwarna kelabu dan mendapat pujian daripada warganet yang begitu teruja melihatnya.
Walau bagaimanapun, setakat ini Emma dan suami masih belum mendedahkan nama bayi pertama mereka.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2020. Pada awalnya mereka merahsiakan tarikh pernikahan yang sebenar sebelum majlis berlangsung dengan meriah.