Kesian betul Budiey dengar cerita Wan Nor Azlin, dramatis yang khabarnya mahu bangkit semula dari ‘mati’. Simpati dan empati pada nasib yang menimpa pelakon DVD Air Mata Ibu ini membuak-buak di hati Budiey. Dulu, sejarah hitam video aksi panas bersama suaminya tersebar buat dirinya lari dari Bumi Malaysia menyusup sembunyi seketika di negara orang. Malu sangat, tak tahu mana nak letak muka dah. Sendiri buat, sendiri tanggung.
Kini, Wan Nor Azlin mahu bersihkan nama yang tercemar. Mahu kembali berlakon tapi yang jadi masalahnya, orang masih duk ungkit Oh! Nasibnya baik, Sheila Rusly, pelakon dan pemilik JS Pictures mahukan Wan Nor Azlin membintangi telefilem terbaru berjudul Hanya Aku. Itu pun dah satu rahmat. Kata Wan Nor Azlin, dia mahu buktikan yang dia masih mampu buat orang terpesona dengan lakonannya.
Itulah hikmahnya! Orang kata, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bak sudah jatuh ditimpa tangga, tahun 2008 memang satu tahun azab buat dirinya. Apa taknya, 11 Februari lalu, ibu Wan Nor meninggal. Dihentak pulak dengan suaminya terjerumus dalam kancah ceti haram yang menyebabkan hidupnya tak tenteram. Habis rumah dan kereta disimbah cat.
Kemudian, entah macamana, suaminya pulak lari entah kemana untuk beberapa minggu. Katanya, takut sangat sampai lari lintang pukang dikejar ceti haram atau along yang mahu membunuhnya. Mungkin tak sanggup mendengar dirinya digelar suami dayus, satu sidang media dicanang untuk kasi peluang si suami membela diri. Katanya dia bukannya melarikan diri tapi sebab along tu dah bertekad mahu membunuhnya. Sape-sape pun akan takut, kan? Alasannya, dia terpaksa pinjam duit along untuk membayar hutang. Kawan-kawan pula dipersalahkan sebab dia disuruh menjadi penjamin untuk beberapa orang rakan kongsi. Akhirnya, bila hutang dibayar, maka si suami ini menjadi mangsa.
Bila-bila baik berhati-hati. Nak jadi penjamin pun pandai-pandailah pilih orang jugak. Kawan banyak jenis kawan. Ada kawan yang selalu naik bulu sampai kita sendiri yang akhirnya mati kutu!