Belum apa-apa lagi, drama adaptasi Korea Selatan, Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick terus mencetuskan kontroversi. Terbaharu Fattah dan Janna dikritik hebat gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza memuat naik video pasangan berkenaan melakonkan aksi bercium di Instastory Instagram miliknya.
Video itu yang diulang siar (repost) akaun dari Instagram menggunakan nama @fatt4stictv80xds mengundang perbalahan dalam kalangan peminat yang menganggap adegan itu melampaui batas.
Walaupun tidak sebarang sentuhan berlaku namun Fattah dan Janna dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.
Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.
Salah seorang netizen menggunakan nama @cik_semut_api menulis “dimanakah para alim ulama Malaysia ni sampai adegan macam ini pun boleh lakonkan. Memang tak betul tapi tetap mengundang kepada maksiat.
“Tolong terangkan sebab saya cetek dalam bidang hukum hakam agama ni! Kalau macam ini sampai kiamat pun gejala keruntuhan moral remaja tak dapat dibendung,” tulisnya.
Komen ditinggalkan @cik_semut_api itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pengikut lain yang turut bersetuju adegan seperti itu mampu mempengaruhi remaja zaman kini dalam terjerebak dalam perkara-perkara tidak baik.
“Kenapa mesti tiru babak yang ini… Macam mana kalau budak-budak remaja tengok drama ini nanti, kan tidak elok. Lagipun kitakan orang Melayu Islam,” tulis @azizneny.
“Memang tidak dinafikan terkejut tengok babak ini, hmmm… Rasanya tak perlu buat adegan macam ini nampak terlalu dekat walaupun tak bersentuh,” @tulis pula @nurulrazahyra.
Bagaimanapun ada juga peminat setia Fattah mempertahankan tindakannya itu dan meminta adegan itu tidak diperbesar-besarkan kerana ia hanyalah lakonan dan tidak menyentuh Janna.
@rositaheta menulis;”Tenang, orang lain boleh buat, siap laga-laga hidung bagai kenapa Fattah tak boleh?,” soalnya.
“Saya hormat dia kerana berani melakukan adegan itu walaupun akan ramai mengkritiknya selepas ini. Kita semua pun tahu ini semua permainan kamera sahaja kan,” tulis pula @my.Charmander.
@sylviaanthony7780 menulis; kali pertama tengok Fattah buat babak berani ni… Good job Fattah! Macam betul gaya cium Janna tu.
Bagi yang tengok tolong jangan kecam sebab itu hanya lakonan, berfikiran positif ok!
Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira dan ramai lagi.
Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.
Re-Publish dari Mstar Online