Mereka mengembangkan sayap lagi dengan menyanyi kan lagu tema filem yang bertajuk “Paku Durjana” yang diadaptasi dan dicipta khas untuk filem “Paku Tanah Jawa”. Filem ini juga merupakan filem terbitan AEG, dan akan menghantui pawagam Malaysia juga Indonesia pada tahun ini.
Lagu ini mengisahkan tentang wanita yang melakukan perjanjian dengan syaitan dimana perjanjian itu membawa kemudaratan kepada diri serta ahli keluarganya. Dia nekad untuk memutuskan perjanjian sekaligus melepaskan diri dari cengkaman syaitan tersebut.
Lagu Paku Durjana dan filem Paku Tanah Jawa merupakan sesuatu yang sangat dinantikan oleh peminat filem seram di Malaysia dan Indonesia setelah tersebarnya info lagu “Paku Durjana” dan poster filem “Paku Tanah Jawa” di media sosial Malaysia dan Indonesia.
Sedikit latar belakang tentang COËX, mereka pernah menyertai pertandingan realiti di ASTRO, Big Stage Musim 5 dan mereka juga bergiat aktif di laman media sosial mereka seperti Instagram – @wearecoex.official, TikTok – @wearecoex.official dan YouTube, – @coex.official.
Menurut kata Mikaela yang juga merupakan ketua kumpulan dan vokal utama COËX, “Dari media sosial, kami telah menerima banyak exposure dan dijemput untuk membuat persembahan di festival dan music shows yang sangat besar terutamanya, SUPALAPA FESTIVAL.
Bagi mereka, lagu ini adalah salah satu projek yang amat bermakna kerana keterujaan dan penglibatan diri mereka yang sangat mendalam untuk penghasilan juga konsep yang diberikan oleh pencipta lagu Paku Durjana, Emeer Bakri dan Amsyar Razqa. “Berdasarkan filem Paku Tanah Jawa, kami juga ingin menyampaikan bahawa semangat individu seseorang wanita itu adalah sangat penting. Walaupun ditindas, kita harus kuat menghadapi apa cabaran sekalipun dan kami juga ingin menyampaikan bahawa wanita bukanlah sebarang ‘objek’. Wanita harus menunjukkan kekuatan tersendiri dan ‘not be controlled’. Standing up for yourself is always important!”
“It has always been our identity dan kami ingin mengekalkan identiti itu selama kami berada di dalam industri. Namun, kami juga sangat lah terbuka untuk eksperimen pelbagai jenis genre, jadi Paku Durjana adalah salah satu peluang yang sangat berharga bagi kami, dapat berkolaborasi dengan filem dari Indonesia dan menghasilkan lagu berdasarkan adat dari negara jiran. Kami harap kami dapat sampaikan genre ini dengan baik.”
“Proses kerjasama dengan komposer, Amsyar Razqa dan Emeer Bakri adalah sangat smooth dan fun kerana kami memang sangat rapat dengan mereka. Begitu juga dengan Proses penulisan lagu hanya mengambil masa dalam 2 sesi sahaja dan selebihnya kami meletakkan kepercayaan kepada komposer untuk mixing and mastering selama 2-3 bulan.”
Bagi COËX, Komposer lagu ini juga sangat terbuka dengan idea-idea yang diberikan dan kebanyakkan lirik atau melodi semua dihasilkan oleh COËX beserta komposer. “Jadi kami sangat teruja dan tak sabar untuk memberi pendengar diluar sana mendengar karya ini.”
COËX mengucapkan rasa syukur dan keterujaan mereka kerana dapat melibatkan diri dalam projek ini. Dalam masa yang sama, mereka sangat berbangga dan gembira kerana konsep photoshoot dan idea MV mereka menjadi realiti dengan bantuan produksi Armani Entertainment. “Semoga pendengar dan fans kami teruja mendengar lagu ini begitu juga muzik video Paku Durjana ini.
Kehadiran kumpulan M-POP COËX ini diharapkan dapat memberi nama baru dalam industri muzik tempatan. Dengan bakat yang dimiliki oleh Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy, lagu Paku Durjana dijangka akan menjadi hit di pasaran.
Lagu Paku Durjana – COËX, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi industri muzik tanah air.
LIRIK
Bagai bicara budi bicara telah diperangkap mantra
Tapi takkan ku benarkan kau bermaharajalela
Elok tutur kata bila kau datang melamar
Kau harus takut bila tersedar apakah akibatnya
Pantang kau langgar jadikan ku seterumu
Tutup pintu sampai waktu kau akan ku ganggu
pre-chorus:
Namun telah kau mendusta hidup ku hancur binasa
Benar kata sang pencipta kau, tak bisa dipercaya
chorus:
Takkan ku tunduk padamu, sang durjana (Ohhhh)
Akan ku bebaskan diri dari genggaman (Ohhhh)
Tidak ku dibelenggu paku cengkamanmu (Ohhh)
Darah ku, hanya milikku selamanya
bridge:
Bumi kang setiti Jagad ayo mangkat
Payungono lakuku arep lungo
Dance break:
Diri dari genggaman Cengkamanmu Ohhh
Ohhh
Selamanya
Telah ku beri
apa yang kau mahu
Kau milikku
sampai mati
Benar sudah kau beri apa yang ku mahu nafsu serakah ku
Telah ku perhambakan diriku padamu
hidup dan matiku
re-chorus:
Namun telah kau mendusta hidup ku hancur binasa Benar kata sang pencipta kau, tak bisa dipercaya
chorus:
Takkan ku tunduk padamu, sang durjana Akan ku bebaskan diri dari genggaman (mu) Tidak ku dibelenggu paku cengkamanmu
Darah ku, hanya milikku selamanya
Rap Part:
Jangan pernah ah
Kau mencabar
Jangan sampai aku pula yang hilang sabar