Sambutan Ramadan mendorong Coca-Cola untuk menderma RM50,000 kepada projek-projek air
[dropcap]D[/dropcap]ua pertubuhan NGO mendapat sumbangan besar sebanyak RM50,000 daripada Coca-Cola Malaysia berikutan sambutan bulan Ramadan tahun ini yang penuh keriangan oleh rakyat Malaysia.
Pemberian derma ini merupakan hasil kempen Ramadan Coca-Cola yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendedikasikan mesej perayaan kepada kawan-kawan dan orang tersayang untuk dikongsi bersama melalui rangkaian sosial, seperti Twitter dan email melalui applikasi Facebook yang direka khas untuk tujuan tersebut.
Habsah bersama Andrew Jeffrey, Pengurus Pemasaran Serantau Coca-Cola Singapura dan Malaysia, semasa upacara penyerahan wang sumbangan.
Coca-Cola telah menjanjikan sumbangan wang tunai bagi setiap dedikasi yang dibuat melalui laman Ramadan Coca-Cola itu. Lebih banyak mesej yang dikongsi, lebih banyaklah wang akan disalurkan untuk kebajikan masyarakat.
Melalui aktiviti seperti ini, Coca-Cola berharap untuk merealisasikan lebih banyak lagi projek pembekalan air bersih kepada komuniti luar bandar dengan kerjasama organisasi pelindungan dan pembangunan masyarakat, Yayasan Muslim Aid Malaysia, dan pertubuhan pembangunan belia, Raleigh International.
[pullquote align=”right”]Muslim Aid dan Raleigh merupakan rakan kongsi Coca-Cola Malaysia dalam program membangunkan kemudahan bekalan air bersih.[/pullquote]
Pada tahun ini, Coca-Cola telah berganding bahu dengan Muslim Aid untuk membekalkan air bersih dan kemudahan sanitasi kepada penduduk Pulau Mabul di Sabah.
Cocal-Cola Malaysia juga telah membiayai pembinaan sistem saluran air dengan kuasa graviti yang dilaksanakan oleh Raleigh di 20 lebih kampung di kawasan pendalamam negeri Sabah sejak tahun 2006 lagi.
Projek-projek yang dijalankan telah memudahkan penduduk kampung untuk mendapat bekalan air paip bersih tanpa bersusah payah mencari sumber air dan mengangut bekalan dari jauh.
Selain peruntukan yang telah disumbangkan sebelum ini, kutipan dana berakhir kempen bulan Ramadan tersebut telah memperlihatkan tambahan sebanyak RM25,000 kepada tabung kedua-dua NGO berkenaan demi meneruskan projek bekalan air.
Pengarah Hal Ehwal Awam & Komunikasi Coca-Cola Malaysia, En. Kadri Taib berkata,
“Aktiviti amal melalui kempen Ramadan Coca-Cola mencerminkan semangat bulan yang mulia untuk melakukan kerja baik secara proaktif yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di kawasan bandar kita jarang memikirkan tentang bekalan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan mandi. Dengan sumbangan tambahan ini, Muslim Aid dan Raleigh akan dapat meneruskan usahanya untk membantu komuniti kurang bernasib baik di luar bandar yang kekurangan atau tiada bekalan air bersih.”
Dalam upacara penyerahan wang sumbangan yang diadakan di kilang Coca-Cola, Negeri Sembilan, baru-baru ini, Puan Habsah Marjuni, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berkata, “Dana tambahan ini amat bermakna kerana ia membolehkan usaha penyelenggaraan sistem bekalan air bersih untuk dijalankan buat jangka masa panjang. Ini akan menjamin bekalan air yang berkualiti dan berterusan untuk penduduk luar bandar.
Sukarelawan dari Raleigh International membina sistem bekalan air dengan graviti untuk kawasan perkampunagn di pedalaman Sabah.