Dilahirkan dalam sebuah era di mana wujudnya akses tanpa had ke atas media sosial, Generasi Z berhadapan dengan tekanan dari pelbagai arah bagi memenuhi standard kecantikan dan gaya hidup yang sering dijajarkan dewasa ini.
Ditambah pula dengan perluasan gejala pembulian siber, di mana Malaysia menduduki tangga kedua teratas di benua Asia dalam pembulian siber melibatkan belia, ramai golongan muda sekarang yang dibelenggu dengan masalah kegelisahan atau “anxiety”.
Laporan yang dikeluarkan oleh CLEAR bertajuk “CLEAR HEAD Project Report 2023” mendapati bahawa separuh daripada golongan muda yang ditinjau bimbang mereka akan dinilai dan dihakimi di media sosial.
Tekanan untuk memperlihatkan imej yang “sempurna” mencegah mereka daripada berkongsi konten-konten yang mencerminkan diri mereka yang sebenar. Justeru individu-individu ini hanya mempamerkan sudut kehidupan dan personaliti mereka yang “positif” sahaja, membina satu persepsi yang sama sekali tidak menepati jati diri mereka.
Ini telah menjadi sebab yang paling utama mengapa golongan belia kini enggan menonjolkan imej mereka yang tulen atau terpaksa berfikir dua kali sebelum memuat naik apa-apa ke laman sosial media mereka. Menerusi kajian ini, CLEAR telah mengenal pasti dan memberi nama kepada situasi berkenaan, iaitu “performance anxiety” atau “kegelisahan prestasi” dalam Bahasa Melayu, iaitu satu bentuk kegelisahan sosial yang dipercayai memberi kesan ke atas lebih daripada 70% populasi yang dikaji.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara golongan belia yang mengalami kegelisahan prestasi, 3 dalam 4 mempunyai tahap efikasi kendiri yang rendah dan mereka yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi adalah tiga kali ganda kurang cenderung mengalami kegelisahan prestasi.
Oleh itu, CLEAR berhasrat untuk memupuk dan meninggikan efikasi kendiri para belia serta mengasah kemahiran hidup mereka yang lain bagi menangani masalah kegelisahan prestasi, terutamanya buat mereka yang bergelar sebagai pencipta konten.
Menerusi kerjasama dengan Resilience Research Centre, sebuah institusi yang berpangkalan di Kanada, CLEAR hadir dengan CLEAR HEAD Project – sebuah inisiatif yang dirumus untuk memperkasa dan melengkapi golongan pencipta konten muda yang beraspirasi, mereka yang mengalami kesan dan tekanan dari sudut sosial, yakni dengan efikasi kendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam arena ini.
#CLEARHeadProject Bootcamp Hadir buat Julung Kali di Malaysia Bersama Watsons Malaysia
CLEAR akan menganjurkan #CLEARHeadProject Bootcamp di Malaysia bersama Watsons Malaysia bagi membantu warga pencipta konten yang beraspirasi membina keyakinan diri serta meluahkan suara mereka yang unik tanpa berasa terkekang.
Disasarkan kepada golongan belia Malaysia dari usia 18 hingga 25 tahun, #CLEARHeadProject Bootcamp menawarkan:
- Bimbingan dan Sokongan Pakar: Para peserta akan diberikan bimbingan dalam perihal kegelisahan prestasi dan pengurusan emosi daripada pakar bidang kesihatan mental untuk merungkai kebolehan mereka berpandukan sebuah kurikulum yang berasas.
- Perkongsian daripada Warga-Warga Pencipta Konten Terkemuka: Para peserta akan berpeluang untuk mendengar pandangan daripada pencipta-pencipta konten terkemuka di Malaysia, iaitu Ting Shi Qi (Qiwiie), Maggy Wang (themaggywang), Gajen Chandra (Gajussy) dan Eliyshia Abegail (Abby), yang akan berkongsi bagaimana mereka menggunakan efikasi kendiri apabila berhadapan dengan persepsi orang ramai dan meningkatkan keyakinan mereka sebagai seorang pencipta konten.
- Membina Kemahiran: Para peserta dapat menyaksikan dan mempraktikkan sendiri bagaimana konten dapat dicipta secara autentik menerusi segmen bimbingan khas.
Natalie menambah, “Jika anda pernah berasa gelisah untuk mengetengahkan diri anda, maka program ini adalah sesuai untuk anda. Program #CLEARHeadProject berhasrat untuk membantu peserta meningkatkan kesedaran mengenai pemikiran dan emosi mereka, serta berasa lebih yakin untuk mengatasi kegelisahan prestasi dengan mengenal pasti dan mengurusnya berbekalkan kemahiran yang mereka telah timba. Kami ingin melengkapi golongan belia dengan panduan bagaimana mereka dapat membina kebingkasan dan keyakinan diri untuk bangkit menghadapi cabaran kehidupan, lalu merebut peluang yang terbentang di hadapan mereka dengan keberanian dan minda yang jelas.”
Pendaftaran bagi program ini telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 7 November 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai #CLEARHeadProject dan urusan pendaftaran, sila layari https://www.ulmysg.com/my/clearheadproject/.
Tentang CLEAR
CLEAR adalah penyelesaian unggul untuk pencapai harian, menawarkan ‘CLEAR HEAD’ yang memberi kuasa kepada individu untuk meningkatkan prestasi kehidupan seharian mereka. CLEAR bukan sahaja memahami secara mendalam tentang kesihatan kulit kepala tetapi juga mewarisi kecemerlangan yang dipacu prestasi untuk memberdayakan individu dengan keyakinan CLEAR-HEAD. Syampu lelaki kami terduduk di peringkat nombor 1, dan jenama CLEAR juga syampu tiga teratas di pentas global.