CJ Wow Shop, destinasi sehenti membeli-belah di Malaysia mengambil inisiatif meringankan beban pengguna serta membantu menceriakan negara pada masa-masa yang mencabar ini dengan melancarkan kempen terkini ‘Malaysia Together’ yang akan berlangsung pada 28 – 29 Mac 2020.
Tawaran Istimewa & Pengalaman Membeli-Belah Yang Lebih Lancar
Sepanjang kempen selama 2 hari, pelanggan akan ditawarkan ganjaran diskaun ke atas pelbagai produk dan perkhidmatan. Ia akan menampilkan satu siri promosi di semua platform CJ WOW SHOP, yang terdiri daripada TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih; di mana pelanggan baharu dan sedia ada boleh menikmati penjimatan besar ke atas produk-produk, dengan 5% diskaun segera tambahan kepada 5% ‘WOW Cashback’ yang diberikan kepada semua pembelian melalui laman web dan aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP.
“Kami akan bersama-sama dengan rakyat negara sepanjang waktu yang mencabar ini dengan melakukan yang terbaik untuk menawarkan pelanggan produk terbaik yang dihantar terus ke pintu rumah mereka.
Benarkan kami membantu anda mendapatkan apa yang diperlukan ke rumah anda, sementara apa anda perlu lakukan hanyalah mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah,”
– Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Kim Yang Hyun
Kebetulan juga ini adalah ulang tahun ke-4 syarikat, dan seiring syarikat memasuki tahun keempatnya, pelanggan boleh menyaksikan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu.
“Setelah kami kini berjaya menetapkan kedudukan sebagai saingan terkemuka dalam pasaran runcit dan perdagangan yang kompetitif, kami mensasarkan untuk pergi lebih jauh dengan mempelbagaikan tawaran produk-produk kami dan memperkenalkan kategori-kategori baharu perkhidmatan dalam usaha untuk memperkayakan hidup pelanggan kami.”
“Kami berbangga telah tiba sejauh ini, dan adalah menjadi impian kami untuk membina sebuah syarikat yang dapat pergi lebih jauh, bergerak seiiring perubahan teknologi semasa dan perubahan gaya pelanggan membeli-belah.
CJ WOW SHOP berhasrat untuk terus berubah dan berkembang menjadi syarikat kandungan dagang berorientasikan pelanggan terkemuka negara,”
– Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Kim Yang Hyun
CJ WOW SHOP kini menawarkan lebih daripada 1,000 produk pada pelbagai platformnya, daripada produk isi rumah hingga barangan elektrik, kecantikan, fesyen dan perkhidmatan, dan kini 70% produk yang dijual di rangkaiannya terdiri daripada jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Simplysiti.
Selaras dengan usaha untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggannya, syarikat telah memperkenalkan perkhidmatan pembayaran e-dompet untuk kemudahan pelanggan seperti Boost, GrabPay dan Touch n ‘Go E-Wallet.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk menarik pelanggan dari platform-platform tersebut dan untuk terus memperkukuh dan meningkatkan platform e-dagang syarikat.
Sejak pelancarannya pada tahun 2016, syarikat ini telah menyaksikan pertumbuhan jualan yang stabil dan pada 2019, menyaksikan kenaikan 9% kepada RM232.3 juta dengan lebih daripada 1.7 juta pelanggan.
Syarikat menjangkakan akan mencecah 2 juta pelanggan pada pertengahan tahun 2020.
Pelanggan boleh menonton demonstrasi yang disiarkan dalam CJ WOW SHOP di saluran TV berikut – TV3, ntv7, TV9, 8TV, MYTV dan TONTON.
Mulai 1 April pelanggan Astro boleh menonton CJ WOW SHOP di saluran berikut ntv7 – 147, 8TV – 148 dan TV9 -149.
Pelanggan boleh membeli produk yang dilihat di televisyen melalui:
- Panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808
- Dalam talian di laman web http://www.cjwowshop.com.my
- Memuat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP daripada Google Play (Android) atau App Store (iOS)