in

City Seasons Suites Dubai Yang Praktikal & Menawan

Sekiranya anda terfikir untuk melancong dan memilih tempat penginapan, pasti perkara yang terlintas di fikiran anda adalah lokasi, kemudahan dan keselesaan. Dan sekiranya destinasi percutian anda adalah Dubai di Emiriah Arab Bersatu, ada satu jawapan untuk ketiga-tiga perkara ini, iaitu City Seasons Suites di Dubai.

Lokasinya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di kawasan pusat kota Dubai. Hotel ini berhampiran kawasan perdagangan serta terdapat banyak kafe dan restoran yang mewarnai kawasan sekitarnya Selain itu, ia hanya mengambil masa satu minit perjalanan kaki ke stesen metro (subway) berdekatan iaitu stesen Deira City Centre.

exterior nightshot

Ini kerana stesennya terletak benar-benar di hadapan hotel. Ini memudahkan perjalanan untuk ke mana-mana sahaja di Dubai kerana sistem keretapi bawah tanah mereka sangat cekap dan tepat waktunya. Selain itu, para pengunjung hotel ini boleh menikmati pelbagai pilihan tempat untuk membeli cenderamata dan makanan berdekatan hotel.

Oleh kerana lokasinya yang terletak sekitar 10 minit dari lapangan terbang antarabangsa Dubai pengunjung tidak perlu terlalu memikirkan tentang perjalanan ke lapangan terbang kerana ia sangat berdekatan. Malah dari stesen Deira City Centre, ia hanya satu stsesen sahaja dari stesen subway pertama di kawasan lapangan terbang Dubai.

City Seasons Suites menawarkan keselesaan dan kedamaian kepada para pengunjungnya dari suasana hiruk pikuk kawasan lain Dubai. Ini kerana kawasannya tidak terlalu sibuk dan konsep bilik penginapan di sini semuanya adalah suite atau mirip pangsapuri di mana kesemua unit mempunyai ruang tamu, bilik berasingan dan juga dapur kecil.

Hotel ini sering menjadi pilihan kerana kemudahan yang disediakan sangat berkualiti. Hotel ini mempunyai 94 buah suite yang dilengkapi dengan kemudahan seperti di pangsapuri iaitu TV satelit, WIFI percuma dan macam-macam lagi.

Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di Dubai para tamu boleh juga menikmati makanan lazat di Restoran New Season untuk menikmati sajian Arab dan juga hidangan antarabangsa yang lain. Di City Seasons Suites juga terdapat kolam renang, Jacuzzi, kelab kesihatan untuk bersenam serta sauna untuk beriadah.

Sekiranya keselesaan dan kemudahan menjadi keutamaan bagi anda untuk bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan keselesaan di Dubai maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan hubungi City Seasons Suites di Dubai dan buat tempahan anda.

oleh Shah Shamshiri

pool suites

new season restaurant

CS Suites - Executive Suite - living room

City Seasons Suites - Family Suite - bedroom

reception

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Permata Kemewahan & Keriangan di The Atlantis The Palm Dubai

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia