in

CINTAKU FOREVER TEMUKAN YUSRY KRU DENGAN REVALINA S.TEMAT

CINTAKU FOREVER TEMUKAN YUSRY KRU DENGAN REVALINA S.TEMAT PADA 25 OKTOBER 2008 (SABTU), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Kepada anda peminat setia Yusry KRU dan juga pelakon popular Indonesia, Revalina S.Temat yang masih belum berpeluang menonton filem yang menyatukan mereka sebagai pasangan kekasih, usah lepaskan peluang menonton filem Cintaku Forever yang menemui penonton pada 25 Oktober 2008 (Sabtu), jam 8.30 malam menerusi RTM1.

Cintaku Forever terbitan One Zero First Management Sdn. Bhd. Ini cuba menarik tumpuan penonton menghayati kisah tragis yang cukup menyayat hati ini yang diarahkan oleh Peter Berg sekaligus pastinya membuat jiwa anda meruntun kesedihan menyaksikan kisah cinta dua pasangan muda yang mengidap penyakit yang cukup merbahaya.

Kemucaknya apabila Joe yang mengidap penyakit barah otak, sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Flora, apabila dia mengetahui penyakitnya itu begitu kritikal. Walaupun telah diberi amaran oleh doktor, namun Joe tetap berdegil untuk menyerahkan buah pinggangnya kepada Flora.

Joe (Lakonan Yusry KRU, Cicakman, Cinta Kolestrol) seorang anak hartawan yang selalu bertukar-tukar pasangan dalam percintaannya. Dia memang terkenal sebagai seorang kaki perempuan. Bertukar teman wanita seperti menukar baju. Tibalah suatu hari, dia bertemu dengan Flora (lakonan Revalina S. Sinetron Bawang Merah, Bawang Putih, Pucong 2) juga ingin ke hospital yang sama dengan Joe.

Joe telah jatuh hati dengan Flora. Ini telah menyebabkan dia meminta bantuan kawan baiknya, Jun, untuk mengetahui siapa sebenarnya Flora. Dalam pencarian itu, Flora juga ada menyimpan hati kepada Joe, tetapi dia meragui kesetiaannya, walaupun Joe telah meninggalkan tabiat lamanya apabila bertemu dengan Flora.

Hubungan mereka menjadi semakin rapat, namun pada suatu hari Joe terkejut apabila mengetahui dia mengidap barah otak. Dia mula menyisihkan diri serta mula menjadi lebih sensitif. Flora mula mengesyaki sesuatu dan menyangka, Joe mula kembali ke tabiat lamanya. Percintaan mereka mula musnah. Flora mula menjauhkan dirinya dari Joe. Dia kecewa.

Pada ketika itulah, Joe mengetahui pula yang Flora telah mengidap penyakit buah pinggang yang agak kronik. Menambahkan penderitaan Flora, dia hidup sebatang kara tanpa saudara mara. Mengetahui hal ini, telah menyebabkan Joe berasa menyesal dan mula menebus kesalahannya kepada Flora. Dia berjanji akan membahagiakan Flora sehingga ke akhir hayat mereka.

Cintaku Forever merupakan sebuah kisah cinta penuh tragis yang cukup meruntun perasaan. Setelah pemindahan buah pinggang itu berjaya, keadaan Joe semakin kritikal. Flora amat berharap dia dapat melakukan sesuatu kepada Joe.

Dapatkah cinta pasangan kekasih ini bersatu semula atau takdir menentukan mereka tidak bersatu di alam nyata? Jangan ketinggalan menyaksikan Cintaku Forever yang menemui penonton pada 25 Oktober 2008 (Sabtu), jam 8.30 malam menerusi RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DRAMA KANAK-KANAK PATHI SOLLUM KATHAIGAL

JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU