Mengisi slot Golden Dragon di TV2, ia bercerita tentang tiga generasi berbeza mengangkat soal cinta, romantik dan komitmen, yang kesemuanya dilihat daripada perspektif unik kisah kemasyarakatan yang berlaku di Beijing yang dilakonkan oleh Tony Leung, Carina Lau, Tong Liya dan Yu Nan.
Cinta Tiga Generasi Berbeza Dalam Filem BEIJING LOVE STORY Di TV2
Filem ini menggambarkan keadaan dan tahap cinta yang berbeza. Chen Sicheng melakonkan watak sebagai Chen Feng, seorang arkitek yang selekeh dan menonjolkan gambaran tidak pernah menyikat rambutnya dan kerap memakai baju yang sama ke pejabat. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya menjalin hubungan percintaan yang penuh kasih sayang dengan gadis impiannya, Shen Yan yang cantik.
Sementara itu ibu dan bekas kekasihnya yang sangat kaya (Geng Le) meragui hubungan mereka akan kekal berpanjangan bahagia hidup bersama-sama.
Rakan Chen Feng, Wu Zheng (Wang Xuebing) masih menghabiskan masa berpoya-poya walaupun sudah berkahwin dengan Zhang Lei (Yu Nan). Satu perjanjian antara pasangan ini dikhuatiri terancam apabila Zhang Lei tanpa sengaja telah merosakkan telefon bimbitnya dan mendapati gambar yang tidak sepatutnya telah tersebar. Hakikatnya ia berpunca daripada kesilapannya sendiri.
Pasangan ini mempunyai hubungan dengan Liu Hui (Tony Leung Ka-Fai), yang sedang dalam perjalanan ke Greece untuk pertemuan rahsia dengan gadis bernama Jia Ling (Carina Lau) yang berpenampilan elegan. Hakikatnya tanpa diduga cinta romantik mereka tidak lama lagi bakal bertukar menjadi pertengkaran untuk kedua-dua mereka.
Sementara itu, anak perempuan Liu Hui, Li Xingyang (Nana Ouyang) berminat mahu menonjolkan kebolehannya dengan muncul dalam rancangan bakat TV, tetapi tindakannya itu dilarang. Walau bagaimanapun, rakan sekelas yang ditipu dengan cinta Song Ge (Liu Haoran) menawarkan untuk menjadi pihak yang cuba menyelesaikan masalah dihadapinya.
Plot kisah dilengkapkan dengan kemunculan watak seorang tua bernama Gao Xia (Siqin Gaowa) yang ingin mencari pasangan hidup untuk menemani melalui fasa tua dalam hidupnya iaitu Wang Daqi (Wang Qingxiang). Dia seolah-olah mencari pasangan yang sempurna dalam diri Xue Aijia (Elaine Kam), tetapi mungkin lebih terarah kepada situasi yang sedang dialami daripada bertemu secara empat mata.
Apakah kesudahan kisah cinta tiga generasi ini? Mampukah kisah romantik komedi ini menyuntik perasaan penonton dan bukan hanya sekadar terhibur dengan komedi yang disampaikan pelakon? Ikuti jawapannya di TV2.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.