in ,

Usaha Yang Murni! Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

Usaha memperbanyakkan rumah Allah tak pernah bernoktah dalam terus menegakkan syiar Islam sekali gus memberi keselesaan kepada umatnya beribadat.

Tambahan pula ketika negara sudah beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu, serentak itu juga dibuka masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal.

Di sebalik semua itu, kisah penantian masyarakat di sekitar Semenyih, Selangor sejak 20 tahun lalu juga bernoktah apabila pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma sedang didirikan.

Lebih istimewa, masjid berkenaan turut menerima sumbangan pewakaf Cina mualaf, Hafiz Hiew yang menginfakkan RM1 juta. Hafiz yang juga ahli perniagaan antara pewakaf yang memberi sumbangan dengan nilai besar.

Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

“Mungkin bagi orang lain berasakan angka sumbangan saya untuk masjid ini besar, tapi semua bermula dengan angka kecil.

“Saya tetapkan dalam diri, semakin tinggi hasil dan rezeki Allah kurniakan, semakin banyak saya mahu menyumbang,”

– Hafiz Hiew.

Dibangunkan sejak Februari lalu, projek masjid itu juga akan dibentuk sebagai sebuah pusat dipanggil Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (KOMBAT).

Menelan belanja kira-kira RM30 juta, tempat ibadat berkonsep kontemporari, tradisional dan unik itu dijangka siap pada hujung 2023.

Hingga kini hasil derma dan infak orang ramai menerusi usaha jawatankuasa pembinaan masjid ini serta ejen promosi, kutipan dana sudah mencecah lebih RM26 juta.

Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

Pengerusi KOMBAT, Prof Dr Muhd Najib Abdul Kadir berkata, biarpun menunggu lama untuk mengecapi kemanisan ini, pihaknya tetap bersyukur.

“Selepas melalui pelbagai cabaran, dugaan dan fasa, kita menarik nafas lega kerana usaha murni ini akan disempurnakan kelak.

“Penduduk setempat dan jawatankuasa hampir berputus asa. Tapi akhirnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Jawatankuasa pembinaan masjid itu disahkan sejak 8 Julai 2020 dan bersetuju menandatangani dokumen berkaitan pada Januari tahun lalu.

“Kerana pandemik COVID-19 dan pelaksanaan sekatan pergerakan, proses kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tergendala. Hanya pada September 2021 mereka memberi kelulusan,”

– Pengerusi KOMBAT, Prof Dr Muhd Najib Abdul Kadir
Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

Sekitar 31 Disember lalu, FNA Builders and Services Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama.

“Kos pembinaan ini dapat dikurangkan lagi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor melalui MPKJ bersedia menanggung kos pembinaan jalan masuk dan infrakstruktur berkaitan ke tapak masjid sepanjang 400 meter.

“Justeru saya merayu kepada pihak berkenaan untuk meluluskan peruntukan. Dalam masa sama kita masih mengalu-alukan dana muslimin dan muslimat bersempena Ramadan disalurkan ke tabung wakaf KOMBAT menerusi www.masjidkesuma.com.my. Baki dana diperlukan sekitar kurang RM4 juta,”

– Pengerusi KOMBAT, Prof Dr Muhd Najib Abdul Kadir
Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

Sementara itu, duta KOMBAT, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus mengakui kesepakatan dan kebersamaan menjadi nadi kekuatan hingga mampu direalisasikan projek ini.

Pendakwah terkenal yang pernah dipilih sebagai mursyid (mentor) kepada peserta rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis itu dilantik sejak Oktober 2020.

Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

“Maklum balas yang saya dapat apabila pergi kuliah ke masjid atau surau, golongan makcik dan pakcik ada menyapa saya bertanyakan tentang masjid yang ingin didirikan dan ingin menyumbang. Ada yang mengirim WhatsApp ingin menyumbang.

“Sambutan sangat memberangsangkan. Saya sendiri sangat terkejut ketika musim pandemik, masyarakat terkurung di rumah kerana ‘lock down’, ada yang berhenti kerja, diberhentikan kerja dan diuji, mereka tetap mahu menyumbang.

“Sumbangan itu begitu hebat menunjukkan masyarakat Malaysia khususnya, apabila dengar tentang masjid, mereka begitu bersungguh-sungguh untuk buat saham akhirat,”

– Ustaz Syed Mohd Norhisyam yang begitu terharu dengan kemurahan hati Hafiz Hiew.
Cina Mualaf, Infak RM1 Juta Untuk Pembinaan Kombat

Dengan siap bina masjid itu nanti, ia akan menampung 3,000 jemaah dalam satu masa dengan kapasiti penduduk sekitar seramai 30,000 orang.

Masjid beserta kompleks dilengkapi dewan serbaguna dan seminar yang lengkap itu juga boleh menampung keseluruhan aktiviti komuniti dan kemasyarakatan untuk berjemaah, beribadah serta riadah dengan lebih terancang, teratur dan selasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MILO

Lumayan! Sertai Peraduan RAYA RIA BERSAMA KEBAIKAN MILO® UHT

SELLECTION

Sellection Realisasi Impian Ramai Miliki ‘Branded Item’ Secara Ansuran