Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 30, memberitahu, dia tidak menghebahkan penampilan terbaharunya itu kerana soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai. Tiada paksaan dari orang lain, beliau mengaku mendorong diri sendiri untuk berhijrah.
Kata Manggis, pada awalnya tidak mudah untuk dia mengubah imej kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup sedia ada. Namun, niat yang semakin membuak-buak untuk berhijab memudahkan perjalanan hijrah tersebut.
“Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek,”
“Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri. Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi,”
“Saya memilih tampil bertudung sekarang di atas kerelaan diri sendiri dan bukan untuk tarik perhatian umum. Apa yang menyebabkan saya bertudung biarlah ia jadi rahsia. Tidak perlulah dikongsikan kepada umum,”
“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,”
“Bagi saya nak berhijrah tu agak mencabar. Tapi sebelum saya betul-betul berhijrah ni, saya pastikan diri saya bersedia sepenuhnya macam pakai anak tudung dulu sebelum bertudung… selangkah demi selangkah,”
– Cik Manggis
Dalam pada itu, penyanyi lagu Panas ini berkata penghijrahan itu tidak bermakna dia akan meninggalkan minatnya untuk menari.
“Saya dah terbiasa dengan cara hidup yang sedia ada. Jadi, ia tak mudah untuk saya ubah imej saya… tapi bukan tak boleh buat.
“Jadi bila niat tu semakin kuat, perjalanan tu jadi senang,”
– Cik Manggis
Kata Manggis, dia masih selesa untuk membuat persembahan dengan stail tarian De Fam, malah menganggap ia salah satu aktiviti bersukan.
“Jadi, bagi saya menari itu bukan hanya minat, tapi ia juga sukan untuk saya,” jelasnya.
“Saya masih lagi selesa untuk membuat persembahan dengan stail tarian serta persembahan De Fam,”
– Cik Manggis
Tambahnya, keputusan yang diambil ini merupakan fasa baharu untuk menjadikan dirinya lebih baik.
Dia juga enggan mengambil kira kata-kata netizen yang hanya berniat untuk mencari kelemahannya.
“Apa yang saya utamakan sekarang ialah untuk ada kemajuan dalam hidup saya. Saya pun tak nak harapkan apa-apa dari orang lain sebab apa yang saya buat ni ialah untuk diri saya sendiri, bukan orang lain.
“Jadi, apa orang nak fikir, fikir la… saya tak kisah,”
– Cik Manggis
Detik Paling Bahagia Buat Sang Suami
Reaksi terkedu suami, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi kenangan indah buat pelakon yang juga anggota kumpulan trio De Fam, Cik Manggis yang kini bertudung.
Cik Manggis, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin berkata, dia mula bertudung Ahad lalu dan suami yang melihat memberitahu itu saat paling menggembirakan dalam hidupnya.
“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.
“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,
“Walaupun kini bertudung, saya tetap meneruskan kerjaya nyanyian bersama De Fam. Penghijrahan ini satu kebaikan,” katanya.
– Cik Manggis
Cik Manggis yang mendirikan rumah tangga dengan Syazmin Firdaus pada Oktober 2014 berkata, dia juga selesa tidak terlalu menghebahkan cerita penghijrahannya itu.
Cik Manggis yang juga salah seorang daripada trio wanita, De Fam memberitahu, identiti dirinya dalam kumpulan itu masih sama biarpun sudah bertudung.
“Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan.
“Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab.
“Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya,” katanya.
– Cik Manggis
Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.
“Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej,” katanya.
Tetap meneruskan perjuangan bersama De Fam, Manggis berkata, mereka akan tampil dengan single baharu, September depan.
“Kami sedang menyiapkan single baharu, Sepatutnya, single ini dilancarkan bulan ini, namun, disebabkan penularan COVID-19, kami tidak dapat melakukannya,”
– Cik Manggis
Menurut Cik Manggis, dalam proses kehidupan seseorang pasti akan berusaha memperbaiki kekurangan diri. Begitulah juga dengan situasi dirinya.
Cik Manggis bergerak aktif dalam kerjaya nyanyian bersama De Fam sejak 2015, bersama dua rakannya iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana.
Bersama De Fam, kumpulan ini popular dengan lagu seperti #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu dan terbaharu, Panas.
Sumber: BH Online