Anak kepada usahawan Dato Seri Vida, iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali dengan nama Cik B, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 hari ini iaitu tanggal 19 Mei 2020. Mungkin kerana itu, nama Cik B pada hari ini tiba-tiba muncul trending dan menjadi sebutan ramai disebabkan ramai sekali pengikut dan peminat Cik B yang mengucapkan selamat hari jadi buat Cik B. Wah! Bertuah betul Cik B.
Sebelum ini, menerusi laman sosial Instagram, Cik B telah memuatnaik sebuah video menunjukkan beliau merajuk dan meluahkan rasa sedih menyangka tiada siapa termasuk ahli keluarga mengingati tarikh lahirnya.
😂😂😂 pic.twitter.com/tCLBtw9CqW
— cikb havoc (@HavocCikb) May 18, 2020
Semuanya bermula apabila Cik B meluahkan rasa sedih kerana menyangka tiada siapa termasuk ahli keluarga mengingati tarikh lahirnya. Malah sebuah perkongsian video turut dimuatnaik bersama.
Tengku Jihan Dedikasi Ucapan
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Cik B enggan melihatnya sedih apatah lagi pada hari kelahirannya. Sebagai hadiah dan tanda sokongan, mereka telah menghujani dengan ucapan serta doa sempena dengan hari kelahiran Cik B di Twitter dan di Instagram.
Lebih manis lagi apabila, anakanda bongsu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah turut menyampaikan ucapan ringkas selamat hari lahir buat Cik B di laman Twitter.
Dato Seri Vida Minta Cadangan
Dalam pada itu, Dato Seri Vida juga telah berkongsi video meminta pendapat dan cadangan orang ramai khususnya pengikut di Instagramnya, hadiah apa yang perlu diberikan kepada Cik B pada tahun ini.
Menurut Dato Seri Vida, tahun-tahun terdahulu Cik B telah diberikan hadiah motor, dua buah kereta dan juga sebuah banglo siap dengan perabot.
Agak-agak hadiah istimewa apakah yang patut dihadiahkan oleh Dato’ Seri Vida buat Cik B? Korang ada cadangan?
Malah, ada peminat yang berseloroh mencadangkan supaya Dato’ Seri Vida menghadiahkan Cik B seorang bapa baharu, sambil mendapat gelak tawa oleh Dato Vida menerusi ruangan komen.