Lagu ini telah pun diterbitkan di semua pelantar digital bermula 3 Julai yang lalu, namun apa yang menarik perhatian adalah video muzik Mudah Bagimu yang menampilkan anak kepada jutawan kosmetik yang juga personaliti media sosial terkenal, Cik B.
Baru dimuatnaik di laman YouTube semalam (8 Julai 2020), video muzik ini dipuji ramai pengguna laman itu apabila Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin keluar dari zon selesanya dengan tampil dalam video muzik buat julung kalinya. Malah tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan Cik B di dalam video tersebut.
Bercakap mengenai single terbaru empunya nama sebenar Amirul Husyairi Nani ini, ianya mengisahkan tentang kekasih yang ditinggalkan oleh pasangannya begitu sahaja.
Sebagai info, Kucaimars merupakan penulis lirik bagi single terbarunya ini dengan kerjasama Rudy Nastia dan Leo Azman.
“Saya mula buat single ini pada 2018 yang pada ketika itu saya buat untuk kawan saya yang tengah putus cinta dan menangis depan saya jadi malam itu juga saya ambil gitar dan terus rangka melodi.
Saya ada juga beri sedikit sedutan di laman sosial media saya.
Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dari peminat dan mereka meminta agar lagu ini siap sepenuhnya dan berada di semua pelantar digital. Saya berharap peminat saya berpuas hati setelah mendengar versi penuh ‘Mudah Bagimu’”,
– Kucaimars
Bagi Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri dia dan pihaknya berasa gembira dengan pelancaran lagu tersebut selain daripada pembabitan penyanyi itu sendiri secara langsung.
“Kami berasa gembira dengan pelancaran single terbaru Kucaimars ini kerana dia sendiri terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya.
Kami harap para peminatnya dapat melihat kesungguhan Kucaimars yang bukan sahaja ingin menyanyi tetapi juga menulis lagunya sendiri,”
– Shah Shamshiri
‘Mudah Bagimu’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia dab boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes.