in , ,

Cik B Kini Mahu Kurus, Hanya Makan Ayam Panggang & Timun, Netizen Beri Sokongan

Usahawan muda Cik B mencuri tumpuan ramai apabila mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan berat badannya. Semata untuk kurus, Cik B hanya menikmati ayam panggang beserta sayuran timun dan epal hijau sebagai hidangan. Wah! Makin kurus la Cik B nanti.

Pelakon dan juga usahawan muda, Cik B tampil mencuri tumpuan apabila dia dilaporkan sedang mengamalkan pemakanan yang sihat dalam usaha menguruskan badan.

Perkara tersebut dikongsikan pengurus Cik B, Natasha Suliana menerusi sebuah hantaran di aplikasi TikTok untuk tatapan peminat.

Dalam video tersebut, kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sedang kusyuk menikmati ayam panggang berserta sayuran timun berserta epal hijau sebagai hidangan makan tengah hari.

@natashaorsammy

Luncheon #diet #weightloss #longwaytogo #prayforus

♬ nhạc nền – 15schill

Menjengah ruangan komen, ramai peminat menyokong sepenuhnya usaha anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ini yang sedang berdiet.

“Makin comel la Cik B bila dah kurus nanti..” tulis seorang pengguna media sosial di bahagian komen.

Selamat maju jaya Cik B! Mesti bertambah comel bila dah kurus nanti kan.

Sementara itu di ruangan komen, Cik B dihujani komen-komen positif yang menyokong perjalanannya untuk kurus.

Ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat maju jaya dan semoga Cik B memperoleh berat badan idamannya dengan mengamalkan pemakanan sihat yang konsisten.

“Cik B hat kaya pun diet. Takdenya telan ubat kurus tak payah diet”

CIKB U CAN DO THIS! I PUN TENGAH DIET SO LETS WORKING OUT TOGETHER!!!!”

“Cik B makan menu diet pon selera macam makan nasi. Terbaikkkkk”

“Aduhh sedap nya dia makan. Tapi aku malas ya Allah. Berilah aku kerajinan masak sebab aku selalu lapar tapi tak ada duit nak order Panda”

“Awlololoo.. Comelll Cik B. Makin comel la ni bila dah weight loss nanti”

“Diet ni struggle mula-mula je, bila nanti tabiat makan kita dah displin, benda tu jadi mudah, go luck Cik B”

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan dan 100,000 tanda suka daripada warga TikTok.

Wah! Makin kurus la Cik B nanti. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama

“Ada Je Tak Kena..” Siti Elizad Mula Bertudung, Akui Tidak Sempurna