Pada jam 11 pagi tadi, bertempat di Hotel Shang Ri La, Kuala Lumpur, telah berlangsung sidang media konsert Twin Towers @Live 2014 yang telah mengumumkan barisan artis yang akan beraksi pada 28 Mac iaitu Christina Aguilera. Penyanyi popular itu akan diterbangkan bersama 40 pengiring terdiri daripada pemuzik dan penari, Christina dijangka membuat persembahan selama 75 minit pada malam pertama konsert. Wah, pasti ramai peminat Ratu Pop Antarabangsa tu nak datang tengok konsert ini. Para media ada juga yang was-was, boleh ke Christina Aguilera berpakaian sopan dan tak daring di konsert ini memandangkan di Malaysia ada garis panduan yang dia kena ikut.
Namun, menurut penganjur konsert Twin Tower @Live 2014 yakin persembahan Christina Aguilera pada 28 Mac ini tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi atau isu berbangkit.
Penasihat projek Live at Work Sdn Bhd, Dato’ Hafez Mohammed berkata, pihaknya telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan penyanyi itu di Amerika Syarikat, sejak dari awal perbincangan lagi. Malah, penyanyi yang terkenal dengan imej seksi dan ‘daring’ ini dikatakan bersedia mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan baik dari segi imej dan penampilannya.
“Kami teruja dan berbesar hati dapat membawa seorang penyanyi hebat antarabangsa, Christina Aguilera untuk konsert kali ini. Lagipun beliau tidak pernah lagi membuat persembahan di Malaysia, jadi ini kali pertama. Selepas dua minggu kami mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan penyanyi tersebut, kami terus mendapat pengesahan daripada mereka. Malah menerusi pihak pengurusannya, Christina bertanyakan kepada kami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semasa membuat persembahan di Malaysia. Kami juga telah mendapatkan kelulusan dan permit dari pihak PUSPAL. Kami yakin tidak ada sebarang masalah atau isu yang akan timbul kelak.”
Semasa sidang media berlangsung, penyanyi rap Altimet dan Ila Damia juga turut menghiburkan media yang hadir dengan persembahan mereka.
Kepada anda yang belum tahu, Christina atau nama sebenarnya Christina Maria Aguilera ini cukup popular dengan lagu seperti ‘Genie In A Bottle’, ‘What A ‘Girls Wants’, ‘Come on Over’, ‘Lady Marmalade’, ‘Hurt’, ‘I Turn To U’, ‘Beautiful dan ‘Aint No Other Man’. Penyanyi berusia 34 tahun ini juga dikenali dengan imej panas dan aksi menghairahkan setiap kali membuat persembahan pentas.
Terdahulu, dua artis solo terkenal antarabangsa iaitu bintang Kpop, Rain dan penyanyi Craig David diumum akan turut menghangatkan konsert tahunan yang bersempena dengan perlumbaan Grand Prix Formula 1.
Rain akan membuat persembahan pada 29 Mac sementara Craig David akan membuat persembahan pada 28 Mac 2014. Selain itu konsert Twin Towers @Live 2014 akan turut dimeriahkan lagi dengan penampilan barisan artis popular tanahair seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggy, kumpulan Oh Chentaku dan DJ Irama.
Tidak cukup dengan itu, pihak penganjur juga memberitahu ada dua lagi artis antarabangsa sensasi yang akan membuat persembahan di konsert tersebut. Barisan artis berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini antara bintang Kpop yang pernah menghangatkan konsert Twin Tower @live 2014 ialah seperti Girls’ Generation, 2NE1, Wonder Girls dan U-KISS. Tidak ketinggalan, barisan artis antarabangsa seperti Nicole Scherzinger, Hoobastank, Orianthi, Kelis, Demi Lovato dan Backstreet Boys juga pernah beraksi di konsert tersebut.
Dengan kehadiran artis-artis meletop ni, pastinya Budiey akan hadir juga untuk buat liputan. Nantikan live update dari Budiey di konsert ini ya. See ya!
TWIN TOWERS @LIVE 2014 is back to bowl fans over with electrifying music!
Stage is set for heart thumping, thrilling beats & energetic vocals by the headliner Christina Aguilera
KUALA LUMPUR, 13th February, 2014 – Live music fans are set to send waves across the city once again as they descend upon Plaza PETRONAS KLCC for the 4th instalment of Twin Towers @Live 2014 on 28th and 29th March, 2014.
Concert organiser, Live@Work, has pulled out all stops in topping the success of last year’s iteration of the annual music extravaganza where more than 50,000 live music fans grooved to the tunes of Demi Lovato, Backstreet Boys, 2NE1 and U-Kiss.
[pullquote]Twin Towers @Live 2014 is set to bring the concert fever a pitch up with 5-time Grammy- award winning international superstar, CHRISITINA AGUILERA taking centrestage as the headliner of the first night of this FREE concert on Friday, 28th March, 2014. Her debut LIVE performance in Malaysia is one of the most anticipated shows of the year.[/pullquote]
Christina Aguilera is the latest international artist revealed after K-Pop sensation, Rain and international R&B superstar Craig David, were announced earlier. Fans will also be entertained with performances by local artistes, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggie, Oh Chentaku and Irama.
More international artistes will be revealed soon and it is expected to include other big names. Music lovers can expect a diverse range of genres from Pop, Rock, R&B to Hip Hop – a unique feature of this year’s concert.
PETRONAS Syntium and PETRONAS PRIMAX are the Presenting Partners of Twin Towers @Live 2014. For the first time, SapuraKencana Petroleum will be collaborating as the Main Sponsor and supported by Dialog Group Bhd as the Support Sponsor.
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, the Official Hotel of the concert will be hosting all the international stars throughout their stay in Kuala Lumpur. All the stars will also be transported by Mercedes-Benz cars, the Official Car Partner. Pernod Ricard Malaysia and Carlsberg Marketing are the Official Beverage Partners
Astro Awani, being the Official Broadcast Partner, will be promoting and broadcasting this highly anticipated event of the year. Tune-in the Official Radio Stations, Mix.fm, Lite.fm, ERA.fm and MY.fm for great selections of airplays of the artists performing at the Twin Towers @Live 2014. For latest and fast updates, visit MSN Online, the Official Online Media and the event’s social media below:
https://www.facebook.com/TwinTowersAlive https://twitter.com/TT_Alive http://instagram.com/TwinTowersAlive