Bagi sesetengah orang, membantu insan lain tidak kira dari segi apa pun sememangnya memberikan kepuasan dan menambahkan rasa syukur dalam diri. Ia seharusnya menjadi ikutan ramai terutama dalam era media sosial ini.
Terbaru, sikap tersebut dipaparkan oleh bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memberikan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi masjid itu, Datuk Lee Chong Wei memberikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan untuk masjid tersebut.
Terima kasih Datuk Lee Chong Wei
Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.
Kredit : Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
– Facebook MAHSP
Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kebanyakan netizen memuji sikap Chong Wei dan berharap ia dicontohi pihak lain.