in , ,

Chiwan Cilok Ganti Tyzo Jadi Penyampai Berganding Bersama Kak Rara

Suria FM Berikan Sentuhan Baru, Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Saji Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024.

Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu, Dato’ Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik berikan sentuhan khas untuk terus relevan, meningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik sekaligus memberikan yang terbaik kepada pendengar setia Suria.

ALL ANNOUNCER

“Kemasukan penyampai baru di Suria FM ini merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa, untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’ yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini.”

– Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid
DJ lin (1)

Dato Fizz Fairuz bakal keudara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Manakala Kai Hassan, bakal keudara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua- dua segmen ini. 

DJ Lin

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,”

– Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid
Muka Baru (1)

Manakala Chiwan Cilok akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.

Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah menarik seperti:

SEIKHLAS SURIA

Seikhlas Suria – Suria FM dengan berbesar hati ingin memberikan wang tunai sebanyak RM 24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM. Caranya mudah sahaja, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300!

Ybae Suria Masuk Kampung – Ybae Suria Masuk Kampung merupakan suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat. Penyampai dan penduduk kampung akan menyediakan juadah dan berbuka bersama. Caranya mudah sahaja, pendengar Suria boleh hantarkan penyertaan nama kampung dan ceritakan kenapa Ybae Suria harus ke kawasan anda pada bulan Ramadan nanti!

    RAIKAN-YANG-DIRAI

      Kempen Raikan Yang Dirai – Bersempena Ramadhan Raya yang bakal tiba, Suria FM dengan bangganya bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik!

      Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia | Facebook: @SuriaMalaysia 1 TikTok: @suriamalaysia 1 Youtube: SuriaTV1X: @suria_malaysia

      IMG_8409

      Written by Budiey

      Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

      Greatest Hits 2.0 Another Present For Everyone Akan Dirilis Pada 5 Januari 

      Adakah Saya Penjenayah? Ini Jawapan Balas Tyzo Selepas PC Suria FM