Melentur buluh biar dari rebungnya, itulah kata-kata yang selalu diutarakan oleh orang-orang dahulu dalam perihal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah di mana setiap ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.
Membesarkan dan mendidik adalah dua hal yang berbeza yang mana tanggungjawab adalah berat dan ibu bapa perlu berganding bahu dalam sama-sama memastikan pendidikan yang diterima oleh anak-anak mereka adalah seimbang.
Anak-anak juga diumpamakan seperti kain putih. Jadi, ibu-bapalah yang akan mencorakkannya dengan warna dan corak.
Memang besar tanggungjawab sebagai ibu bapa terutama memberikan pendidikan yang sempurna. Jadi nak tak nak, ibu bapa perlu memberikan tunjuk ajar sepenuhnya termasuklah menghantar anak mereka ke pusat bimbingan.
Kebanyakan ibu bapa akan mencari tempat atau lokasi institusi pra-sekolah yang sesuai untuk pembelajaran anak-anak. Baru-baru ini, Budiey sempat menonton sebuah video yang diupload di Facebook Fanpage CIC. Ada temubual bersama selebriti terkenal Elly Suriati dan beberapa ibu bapa yang lain.
Jom kita dengar apa kata pelakon Elly Suriati tentang Children Islamic Center (CIC).
Menurut Elly Suriati:
“Saya dari dulu lagi tertarik menghantar anak-anak ke CIC ni. Saya juga merasakan ibu bapa kat luar sana juga patut menghantar anak ke CIC. Dari tahun ke setahun, kita lihat CIC semakin berkembang dari segi penambahan cawangan. Terutama di Lembah Klang dan Putrajaya. Saya menghantar anak saya ke CIC cawangan Bukit Antarabangsa.
Cukup jelas terbukti kesan terhadap perkembangan minda anak saya. Saya begitu yakin dengan CIC. Ada banyak cawangan. Saya sangat suka dengan CIC yang dikenali sebagai leader dapat mencungkil bakat dan semangat kemahiran memimpin dalam diri kanak-kanak. Selain mengajar tentang ilmu agama, seperti solat, doa dan sebagainya. Sebagai seorang ibu, saya dapat melihat perkembangan anak saya dari hari pertama bersekolah sehinggalah tamat belajar. Alhamdulilah. Saya rasa sangat bertuah kerana menghantar anak saya ke CIC. Dari segi ketrampilan dan personaliti anak juga sangat kuat.”
Menurut Ahmad Fadzli yang juga bekas anggota kumpulan UNIC berkata:
“Saya menghantar anak saya yang berusia 4 tahun. Pada mulanya perkembangan anak saya tidak seimbang. Namun, setelah beberapa bulan, saya dapati cara pemikiran dan juga perkembangan anak saya menampakkan kesan yang sangat positif. Dia nampak banyak bercerita. Dari segi membaca dan mengira memang sudah tidak ada masalah. Cuma, balik rumah anak saya selalu bercerita dan bercakap tentang apa yang dia belajar di sekolah. Apa yang menyeronokkan saya, dia suka berekspressi, suka jadi imam.
Kadang-kadang kalau saya solat kat rumah tu, berebut-rebut nak jadi imam. Jadi, itu satu perkembangan yang menarik dan yang penting, tahap keyakinan anak-anak semakin tinggi. Saya sebagai ibu bapa, ini satu kepuasan kerana kita mahukan yang terbaik. Saya lihat di CIC ni ada pakej yang lengkap untuk pembelajaran anak-anak dengan sempurna. Perkembangan emosi anak-anak. Anak juga pandai bercerita. Ada keyakinan. Dari segi emosi juga.”
Ibu bapa lain juga gembira dengan pencapaian anak mereka. Budiey juga tertarik dengan kata Rizal Kamarulzaman yang kagum dengan pencapaian anaknya yang cukup menakjubkan di mana anak beliau bertambah yakin. Selain itu, fikiran anak beliau menjadi lebih positif dan mahu mencuba sesuatu yang baru dan mahu buat yang terbaik. Sebagai contoh, jika nak solat tu, dia sentiasa mahu menjadi imam. Tambahan pula, di CIC ni, dia dah serasi dengan kawan-kawan sebaya yang sentiasa membantu anak saya. Begitu juga dengan guru-guru di sini yang bertauliah, sentiasa berhubung dengan ibu-bapa. Mereka sentiasa bertanyakan khabar tentang anak-anak. Saya rasa, CIC patut dijadikan model yang baik dan saya harapkan CIC mengekalkan serta meningkatkan mutu pembelajaran di masa yang akan datang. Anak saya akan jadi pemimpin di suatiu hari kelak.
Sementara itu, Noorliza pula berpendapat, beliau suka cara pendidikan yang diajar oleh CIC kerana pendidikan asas agama cukup sempurna di mana pelajar dapat mempraktikkan segala ilmu yang mereka terima. Saya boleh lihat, perubahan anak lelaki saya. Perkembangan anak saya memang ‘wow’. Walaupun dia agak nakal, tapi dia cukup bijak. Dia dapat azan dan yakin berada di depan orang ramai. CIC adalah satu tempat yang sangat bagus.
Menurut Farul pula, anaknya sangat lemah membaca dan mengira. Syukur alhamdulilah, anak saya dah boleh membaca dan mengira dengan bagus.
Tempat adalah terhad, jadi apa kata hubungi CIC Center terdekat!
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www. cic.net.my atau hubungi 03-8861 6979.