in

Chef Wan Terkejut Dapat Tahu Serina Nikah di Siam, Ini Reaksi Chef Wan Yang Mengejutkan Ramai

PeIakon, pengacara dan juga anak kepada chef terkenal, Serina Redzuawan telah selamat bernkah hari ini bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aidid.

Perkara itu diumumkan Serina menerusi satu posting di Instagramnya, sebentar tadi.

Serina berkata, dia bersyukur kerana majlis berlangsung dengan lancar dan paling penting perkara wajib sudah pun diselesaikan.

” Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami.

” Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu.

” Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

” Alhamdulillah dia lah yg terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.

Tambahnya, dia juga berterima kasih ayahnya, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kerana merestui perkahwinan mereka.

” Insya-Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

” Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa,” katanya.

Reaksi Chef Wan mengejutkan ramai

Sementara itu, menerusi semakan di Instagram Chef Wan, bapa Serina itu telah memuatnaik satu status yang mengejutkan ramai sambil berkongsi foto pernikahan Serina.

Menurut Chef Wan, beliau tidak tahu mengenai pernikahan anaknya itu sudah berlangsung dan hanya mengetahui perkara itu menerusi gambar yang dihantar adik perempuannya.

” My sister just sent me this photo. ‘Anak kau dah kawin kau tak tahu?’

” Dia umum kan lagi didalam IG. I was shocked. Last 2 week she insisted nak nikah juga sebelum puasa.

” She said ” Rina dah nikah di Siam pun Pa!

” My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Msia aja. Terus saya tak pun jawab apa yang dia cakap.

” Dulu pun dia maIukan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu.

” With this behind my back after all my adviced i am not surprise. Sebagai ayah, sudah pasti apa yang mereka berdua lakukan ini sangat mengecewakan”

” Saya tak melarang pun dia nikah. Pi nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya, kamu rasa bagus budi bahasa anak jenis begini?
And now this?

” Rina….Rina suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back.

” As much as u have hurt me i will still swollow aja. Baik apa pun i wished u both a happy marriage.

” At this point i am sure any parent would share the same feeling that i am feeling now.

” Kita doa kan terbaik dan aminkan pernikahan mereka ini sudah lah.

Dah selamat mendirikan masjid

Serina meluahkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan dan menjadi isteri yang sah kepada pasangannya di hari Jumaat yang mulia. Menurutnya, acara pernikahan itu diadakan secara tertutup sahaja memandangan negeri Selangor masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

Terima kasih Papa

Serina turut memaklumkan pernikahan ini turut direstui oleh ayahnya iaitu Chef Wan. Tambahan lagi, kenduri kesyukuran turut diadakan secara kecil-kecilan di restoran milik Chef Wan sendiri.

Alhamdulillah. Dia lah yang terbaik yang ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa. “SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN..”

Serina juga bersyukur perkahwinannya direstui individu paling penting dalam kehidupannya iaitu bapanya yang juga chef selebriti, Datuk Chef Wan.

Pelakon itu berkata majlis meraikan mereka akan diadakan di restoran bapanya yang terletak di ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, insyaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya,” katanya.

Aidid bersama dua anak Serina, Tristan dan Isabella.

Tidak hanya itu, Serina turut menitipkan kata-kara buat suaminya yang merupakan seorang penjawat awam yang berstatus duda.

“Sayang terima kasih terima saya seadanya dan kita saling melengkapi kekurangan. Semoga mendapat reda Allah SWT,” tulisnya.

Sekadar info, Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Perkahwinan itu walaubagaimanapun tidak kekal lama apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, dan Isabella Saffiya.

*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Kembali Jatuh Cinta Dengan ‘Kekasih Lama’ Semula

Haliza Misbun Kini Isteri Orang, Dapat Hantaran Sebuah Rumah