Minggu lalu, kita dihebohkan dengan di laman social apabila chef selebriti, Datuk Chef Wan telah mempersendakan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan memuat naik gambar dirinya memegang pemantul cahaya di tepi pantai di Instagram miliknya. Membaca entri keterangan gambar tu, bikin yang marah dan melenting. Keterangan gambar di Instagram berbunyi:
“Dua objek di Perth dan satu ini saya ingatkan adalah sebahagian pintu kapal terbang. Setelah diteliti rupanya ia hanyalah sebahagian dari Pintu Jamban Cik Kiah di Pantai Morib yang sudah usang rupanya, Adoi Frust (kecewa).”
Namun, setelah menyedari entri tersebut begitu sensitif dengan mendapat 701 likes dan beliau dikecam teruk oleh pengikut Instagramnya, Chef Wan telah menarik balik status dengan memadamkannya. Namun, nasi dah jadi bubur, Budiey perhatikan ramai yang dah print screen dan sebarkan gambar tersebut.
Chef Wan Minta Maaf Secara Terbuka di Instagram
[dropcap]P[/dropcap]ada pagi tadi, Budiey ada melibat status terkini Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia itu yang menyiarkan gambar sejambak bunga ros dan antara statusnya adalah untuk memohon maaf kepada semua yang terasa dan melenting dengan gurauan beliau yang dibuat semata-mata mahu membuktikan perangai buruk rakyat Malaysia yang suka menyebarkan cerita yang bukan-bukan.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan takziah saya se isi keluarga kepada semua warga crew Mas serta penumpang2 yang terlibat di dalam kemalangan Kapal Terbang MAS MH370 itu. At the same time saya juga memohon Maaf sekira nya gurauan saya yg ingin membuktikan sangat perangai buruk Rakyat Malaysia yg suka sebar kan cerita yang bukan2, fitnah menfitnah pihak Kerajaan serta Warga2 Crew Mas onboard mau pun pihak press that i personally felt was wrong tetapi di salah ertikan maka saya menghulur tangan memohon Ampun dan Maaf diatas kesilapan itu yg pada pandangan umum tidak kena tempatnya. Perhaps it was my own frustration watching the whole drama that make me decide to proceed with such action. Beside apa yg saya laku kan ada la demi niat untuk kebaikan bersama di hadapan2 Warga crew serta pihak Petronas and with no other intention. Semuga Allah menempat kan Roh2 mereka semua di kalangan orang2 beriman. Al Fatihah.” – Datuk Chef Wan
Selain itu, Datuk Che Wan juga melahirkan rasa simpati dan mengucapkan salam takziah buat semua keluarga yang terlibat dengan tragedi kehilangan MH370.
Status ini telah mendapat reaksi dan maklum balas dari pengikut Instagram beliau. Ada yang menyokong tindakan selebriti chef ini dan Budiey sangat salute kat Chef Wan sebab dengan rela hati memohon maaf walaupun hanya di Instagram. Semoga ini semua dijadikan iktibar untuk semua.