Sebenarnya, Budiey nak terus terang memang tak pandai masak. Masuk dapur pun jarang-jarang sekali. Sibuk sangat kot. Biasanya, isteri Budiey yang akan masak.
Walaupun Budiey jarang pegang periuk kuali semua, tapi Budiey selalu berpesan kat isteri agar dia berhati-hati dan berjaga-jaga semasa berada di dapur. Maklumlah, bak kata orang tu, malang tak berbau. Apa-apa je boleh berlaku kan?
Jadi, Budiey selalu tekankan pasal keselamatan semasa mengendalikan tong gas memasak LPG iaitu menyimpan dan mengendalikan. Itu juga termasuk dalam kes alat atur dan hos gas.
Mesti ada yang tertanya pasal apa itu LPG. LPG merupakan singkatan untuk ‘Liquefied Petroleum Gas’ yang dihasilkan daripada gas hidrokarbon yang terdiri daripada Propana (C3H8) dan Butana (C4H10). Di dalam keadaan suhu dan tekanan yang asal, LPG berada di dalam bentuk gas.
Haaa, itulah yang sekarang ini ditekan juga oleh Gas PETRONAS. Paling penting sekali, setiap dari kita, tak kiralah anda seorang suri rumah ke siapa ke, kenalah tahu pasal langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kebocoran gas.
Cakap pasal cara-cara untuk menjaga keselamatan semasa di dapur terutama semasa berlaku kebocoran gas ni, Budiey ada menonton satu video di Youtube. Sekali tengok memang kelakar pun ada sebab yang berlakon dalam video ni adalah Chef Wan.
Senarionya, berlatarkan sebuah kampung di tepi pantai yang cukup harmoni. Tak semena Chef Wan ada bau masakan hangit kat dapur di rumah Cik Kiah. Apa lagi, kelam kabutlah Cik Kiah dibuatnya bila dapat asap berkepuk kat dapur tu.
Haa, di situlah segalanya bermula, di mana Chef Wan ada mengajar beberapa langkah yang Budiey rasa sangat berguna semasa mengendalikan silinder LPG ketika memasak. Nak tahu apa langkah yang penting, kenalah tonton video kat atas ni sampai habis. Serius dalam lawak, ada pengajarannya dalam video ni.
Setidak-tidaknya video ini mengajar kita betapa pentingnya keselamatan di dapur dan di rumah. Budiey percaya sekali tonton video kita akan tertarik dengan keletah mulut pot-pet-pot-pet Chef Wan yang tak henti mengomel. Lucu.
Budiey tertarik semasa Che Wan selalu mengingatkan tentang peralatan yang digunakan itu mencapai tahap standard piawaian yang telah disahkan oleh SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia). Jangan sekali-kali guna produk atau perkakas memasak terutamanya silinder LPG tu yang tak disahkan oleh piawaian.
Budiey dengar satu cerita di mana satu keluarga meninggal gara-gara tidak ada pengetahuan tentang mengendalikan kebocoran gas. Kesnya, balik rumah, bau gas, terus ON suis lampu, haa apa lagi, kebaboom, berlakulah letupan dan kebakaran. Dari cerita ni, Budiey dah rasa seriau sebab tengah bayang letupan dan kebakaran tu berlaku.
Moral of the story, jangan buka atau tutup atau sentuh mana-mana suis jika kita mengesyaki berlaku kebocoran gas di rumah. Bila kita tekan suis tak kira ON/OFF akan berlaku percikan sebenarnya yg kita tak perasan mana-mana akan menyebabkan bertindak-balas dengan gas dalam udara dan kebabom!!!
Ada benda kita kena simpan, kita simpan. Benda yang kita tak perlu cakap, dedah pada orang, kita tak perlulah cakap.
Dalam banyak-banyak tips keselamatan LPG ni, Budiey tertarik nak sentuh beberapa perkara je.
Pertama tentang ruang, sebenarnya tak bagus kita letak silinder gas tu di tempat yang sempit. Kesian la dia kan, susah nak bernafas. Tapi itulah, dah design dapur kita kat Malaysia macam tu, lepas tu, pulak memang dapur rumah kita kebanyakannya tak cukup ruang. Sebenarnya, lebih baik silinder gas diletak dalam keadaan pengudaraan yang baik, bukan di tempat yang sempit.
Nak lebih elok lagi, bak kata Chef Wan dalam video ni, letak je berhampiran dengan tingkap di mana pengudaraannya sangat lancar.
Masa kat kampung dulu, Budiey pernah gak terkena apabila kata ibu, dia tak tukar regulator gas 5 tahun. Kemudian, bila check hos gas dengan sabun ada sedikit kebocoran. Nampak ada keluar buih dah masa tu. Oh no! Bahaya betul. Masa tu mula la cuak. Nak tak nak kena tukar gak gas regulator setiap 5 tahun sekali dan juga hos pula kena tukar 2 tahun sekali.
Selepas siap pasang regulator dan hos gas yang baru, rasa lega betul hati ini. Mujurlah sebelum ini tiada apa-apa berlaku. Budiey nak ingatkan kat sini, jika terhidup bau gas di dapur, jangan sekali-kali atas hidupkan lampu. Kipas pun jangan buka. Bukalah tingkap dan pintu dengan segera.
Antara lain tips dan langkah-langkahnya jangan sekali meninggalkan masakan di dapur dan seringlah beringat-ingat dengan masakan. Kadangkala kita terlupa yang kita tengah masak tapi kita asyik kat luar.
Paling berkesan apabila PETRONAS sentiasa prihatin dengan pengguna. Jadi, anda tak perlu ada alasan untuk dapatkan juruteknik bagi memasang silinder gas kat rumah. Jadi, sila ingat nombor PETRONAS Mesralink 1 300 888 181 untuk mendapatkan krew berpengalaman bagi memastikan keselamatan anda sekeluarga. Oh ya sebelum terlupa, lagi satu nombor yang korang kena ingat, tentu sekali nombor 999. Penting sangat kalau jadi apa-apa call terus Bomba okay.
Akhir sekali, kepada anda semua pembaca blog ini, apa sahaja berlaku, jangan panik, okay. Sentiasa berwaspada. Orang kata, mencegah itu lebih baik.