Rancangan masakan yang telah mencetus fenomena terbaru dalam trend kulinari tempatan, BABA’S cu~bits musim terbaru kini kembali bersiaran dengan sajian-sajian yang lebih unik dan menarik.
Bukan sesuatu yang luarbiasa bagi sesebuah filem, program televisyen atau seorang selebriti mencetus trend, tetapi bagi sebuah rancangan TV berkonsepkan masakan diiktiraf sebagai ‘trendsetter’….agak ganjil juga!
Kejayaan musim pertamanya BABAS cu~bits memang suatu fenomena, bukan sahaja kerana konsep ‘cu~bits’ yang diperkenalkannya telah menjadikan sebutan ramai, tetapi trend ini telah mula mendapat tempat dalam menu kafe dan restaurant tempat. Trend “cu~bits” juga telah menjadi popular dengan pelajar-pelajar kulinari yang menginspirasikan dan mempersembahkan masakan ala ‘cu~bits’. Tidak ketinggalan juga kaki makan, blogger-blogger, mahupun surirumah, yang turut teruja dengan konsep ‘cu~bits’, yang sememangnya sedap mata memandang dan sungguh senang dimasak….namun, enak lagi dirasa!
“Kami tidak menjangkakan sambutan yang telah diterima”, ucap Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S, “….dan keunikan cara persembahan dan konsep masakanya tidak menjadi kejutan malah merupakan teras kepada kejayaan BABA’S cu~bits.”
Kejayaan BABA’S cu~bits musim pertama, tidak sekadar impaknya kepada alam kulinari tempatan, bahkan juga dari segi rating yang dicapai. Untuk 26 episod mingguannya BABA’S cu~bits mencapai purata rating lebih dari sejuta penonton – menobatkannya sebagai siri masakan No. 1 di Malaysia tahun lepas!
“Kombinasi komen-komen di laman Facebook BABA’S & U dan juga rating tinggi inilah yang mendorong pihak kami kembalikan BABA’S cu~bits untuk musim kedua” – kata Navin.
Cabaran untuk mencapai kecemerlangan jelmaan pertama siri unik ini adalah tinggi, dan team BABA’S cu~bits dari BABA’S, Primeworks Studio, Chef Kamarul dan food stylistnya telah berusaha untuk meningkat lagi prestasi dan kualiti musim kedua BABA’S cu~bits dengan mengilhamkan resipi-resipi baru yang lebih sedap dan kaedah-kaedah persembahan yang lebih mantap. Apa yang pasti, ke semua resipinya tetap unik dan dicipta menggunakan produk-produk BABA’S yang telah lama menjadi rempah jenama pilihan tempatan.
“Maklum balas dari teman-teman FB kami, telah mendorong kami mengubahkan waktu siarannya juga”, “untuk musim keduanya, BABA’S cu~bits akan ke udara setiap Ahad, jam 6:30 hingga 7 malam bermula 6 Oktober ini….di TV3”, tambah Navin, yang juga merupakan pengarah eksutif BABA’S cu~bits dan pencipta konsep rancangan dan trend cu~bits ini.
Pada sesiapa yang masih tidak sempat menontonnya, pihak BABA’S dan TV3 akan mengulangkan tayangannya keesokan harinya, iaitu setiap Isnin 11:30 hingga 12 tengah hari, dan rakaman episod-episod yang lalu boleh dijumpa di laman TONTON juga. Seperti biasa segala maklumat rancangan, resipi-resipi dan peraduan-peraduan boleh didapati dari laman Facebook BABA’S & U.
Suatu kejutan yang telah berbulan pihak BABA’S mengheboh-hebohkan adalah pengenalan seorang host baru untuk menemani Chef Kamarul musim ini. Dia merupakan rakan sepasukan Chef Kamarul sewaktu dia bertarung di dapur Cabaran 1001 Rasa BABA’S sembilan tahun yang lalu, kali pertama dia berdepan penonton tempatan.
Yati Rahman, isteri Chef Kamarul telah dipersembahkan kepada media sebagai hos bersama yang bakal menemaninya sepanjang 26 episod musim ini dipelacaran media BABA’S cu~bits 2 di Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut serta di upacara ini ialah, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar yang telah bertarung dengan rakan media dan juga artis Andy Flop Poppy, menunjukkan kehebatan beliau mencu~bitskan Nasi Briyani.
Sempena pelancaran BABA’S cu~bits 2, tetamu dipertontonkan iklan terbaru Rencah Hidup Ku, lagu temanya yang menyaksikan gabungan Andy Flop Poppy, Elvira Arul, Janet Lee dan Saran Narayanan berpadu suara untuk evolusi baru lagu tema yang telah menjadi kesukaan ramai. Versi penuh Music Video boleh ditonton di laman Facebook Baba’s & U.
Bagi kaki makan dan pencinta makanan yang masih belum mengikuti revolution trend kulinari ini jangan ketinggalan, BABA’S cu~bits 2 akan kembali bermula 6 Oktober ini, setiap Ahad, 6:30 hingga 7 malam, hanya di TV3, dengan siaran ulangannya pada keesokannya, setiap Isnin, 11:30 hingga 12 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu~bits dan perkembangan terkini BABA’S, sila layari laman Facebook BABA’S & U serta laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.