in , ,

Che Ta Imbau Nostalgia Muka Depan Edisi Bumper Raya Majalah Hiburan

Saban tahun, jumlah persalinan raya Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan sering mencuri perhatian. Malah, kisah itu turut diperdebatkan hingga mengundang kecaman warganet.

Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk mengharungi era pandemik COVID-19, ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya tahun ini.

“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap… lagilah.

“Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.

“Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang dibawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya.

Kebiasaannya, pemenang Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.

“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.

“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik beradik lain.

“Insya-Allah tahun ini, semua adik beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei lalu kerana komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal,” katanya.

Che Ta juga teruja rumah banglonya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.

“Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.

“Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mulalah ‘all out’ pindahkan barang,” katanya.

Ketika ini, Che Ta muncul dengan drama Mem & Bibik -Bibik di TV3 menerusi slot Azalea sejak 4 April lalu dan Kerana Dia Suka

Drama komedi 20 episod arahan Wan Saiful Shahrizan itu turut dibintangi suaminya, Zain Saidin. Tak ketinggalan pelakon lain seperti Nabila Razali, Azza Elite, Aprena Manrose, Bell Ngasri, Lynnda Sharudin, Shakila Khoriri dan ramai lagi.

“Penggambaran drama itu sudah selesai pada 7 April lalu. Kini saya hanya ada komitmen rakaman program dekorasi, Mai Cheq Deko.

“Untuk program siaran TV Okey itu saya jadi hos. Ia diterbitkan sebanyak 13 episod,” katanya.

Dalam pada itu, entri IG Che Ta turut menarik perhatian apabila mengadakan sesi fotografi bertemakan songket tajaan @azie_couture bersama teman baiknya termasuk pereka fesyen Man Kajang.

Che Ta Imbau Muka Depan Edisi Bumper Raya Majalah Hiburan

Entri yang mengimbas kembali muka depan edisi bumper raya majalah hiburan suatu ketika itu dulu mencuri perhatian pengikut IGnya selain netizen.

Kata Che Ta, idea berkenaan dicetuskan salah seorang teman baik temannya iaitu Pakcik Airil Azrie yang juga pemilik syarikat fotografi terkenal, Blackpepper Production.

“Dulu masa zaman majalah hiburan mendominasi pasaran, edisi bumper raya sentiasa mencuri perhatian. Termasuklah majalah Media Hiburan dan URTV.

“Kalau tak beli, memang tak sah. Pembaca setia pun akan pastika koleksi bumper raya wajib dibeli saban tahun. Saya tak terkecuali. Malah sempat memenuhi undangan teman wartawan tersayang untuk sesi fotografi isu berkenaan.

“Ibarat mana-mana artis yang berpeluang menghiasi muka depan bumper raya itu, dialah yang paling meletup di zaman berkenaan. Saya bersyukur sempat merasai momen itu. Sekarang apabila kuasa digital beraja, momen sebegitu tinggal kenangan,” katanya.

Tambah Che Ta, dia dan teman baiknya mengadakan sesi fotografi edisi raya itu beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.

“Mereka ini antara teman akrab saya termasuk Afeeq dan Fazli. Kami namakan geng ini sebagai Kachingg. Malah kami juga anjurkan main kutu sejak beberapa tahun lalu.

“Cuma ketika sesi fotografi muka depan majalah ‘Media Chingg’ ini dilakukan, salah seorang teman kami, Reni Diana Sulaiman tak dapat ‘join’ kerana sibuk dengan kerja amalnya dengan memasak,” katanya yang pulang beraya ke Alor Setar pada malam raya ‘mengejut’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Youtuber Persoal Richworks, Claim Lahir Jutawan, Skim Cepat Kaya Ke?

JEREMY LOOPS

Singer-Songwriter, Producer Jeremy Loops Pens Single With Ed Sheeran