in , ,

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat membuat kejutan dengan menampilkan pelakon, Che Puan Juliana Evans sebagai wajah ilham (muse) di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang berlangsung baru-baru ini

Lebih istimewa lagi Che Puan Juliana atau lebih mesra di sapa Juliana muncul di atas pentas peragaan bersama anaknya,Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah sambil memperagakan busana koleksi Hatta.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Hatta menyatakan perasaan terharu kerana Juliana menerima sambutan untuk menjadi wajah muse bagi koleksinya.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

“Saya berasa sungguh terharu apabila Che Puan meneriman undangan sebagai muse untuk koleksi kali ini.
Lebih bermakna bagi saya lagi apabila Che Puan membawa anak kesayangannya untuk turut sama berjalan di pentas peragaan, saya sangat menghargainya,” 

– Hatta Dolmat
Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Tidak dapat disangkal lagi, ternyata kejutan Hatta itu meninggalkan seribu satu kenangan manis buat tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Selain memuji koleksi rekaan Hatta, tetamu juga turut terpesona dengan kecantikan Juliana dan kecomelan anak perempuannya.

Kedua-dua mereka menerima tepukan gemuruh daripada tetamu.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Ketika acara penutup, Hatta dan Juliana juga turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir sambil melambaikan tangan selain tersenyum manis.

Untuk info, koleksi Hatta pada tahun ini diinspirasikan dan dinamakan sebagai Jamais Vu.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Terdapat dua koleksi yang dikeluarkan, yang pertama adalah kolaborasi bersama Crafted by NX dan kedua ialah Jamais Vu iaitu koleksi Hatta sendiri.

Untuk koleksi NX terdapat 24 fesyen yang diperagakan manakala Jamais Vu pula adalah 32.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023 kembali untuk tahun ke-11 dengan berbekalkan format yang lebih segar dengan menawarkan tahap pengalaman, penglibatan dan keterujaan yang bahar.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Koleksi Ready To Wear (RTW) Hatta Dolmat merangkumi  32 koleksi daripada ‘Jamais Vu’  manakala 24 koleksi hasil kolaborasi bersama crafted by NX.

Antara himpunan koleksi RTW yang diketengahkan adalah Versatile,Casual from Denim, Army, dan Safari.

Menurut pereka fesyen Hatta Dolmat tema koleksi kali ini bersifat peribadi. Bertemakan istilah ‘Jamais Vu’ yang bermaksud tidak pernah dilihat dalam bahasa Perancis, himpunan koleksi ini membawa mesej berat yang cukup tersirat dengan mengangkat isu kesihatan mental.

Simbol bintang menjadi pilihan buat pereka fesyen tersohor tersebut setelah mendapat ilham untuk mencipta himpunan koleksi terbaru beliau.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

“Pemilihan simbol bintang yang direka dan motif yang dilukis oleh saya sendiri ini seperti memberi harapan dan nafas baru kepada saya untuk tidak berputus asa selepas melalui satu fasa yang cukup sukar dalam hidup.
“Saya hampir diserang anxiety dan kemurungan. Demi menjaga kesihatan mental saya cuba bangkit kembali dan saya mahu abadikan dengan sentuhan peribadi dalam himpunan koleksi terbaru dengan penuh gaya tetapi masih mengekalkan falsafahnya yang tersendiri,”

– Hatta Dolmat
Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Bagi memeriahkan malam acara KLFW 2023, penampilan khas Che Puan Juliana Sophie Evans bersama puteri kesayangan Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Tengku Shariffudin Shah dilihat turut hadir untuk memperagakan koleksi terbaru Hatta Dolmat sebagai tanda penghargaan kepada Che Puan Juliana Evans yang mula menyokong jenama Hatta Dolmat sewal penglibatan beliau dalam karier lakonan dan penyiaran.

Hatta Dolmat mula melibatkan diri dalam industri Fesyen Kelestarian dan Kemampanan Alam Sekitar semenjak 2015. Hatta mula bergiat aktif dan serius dalam penghasilan pakaian berkonsepkan kelestarian alam sekitar pada tahun 2020.

Beliau telah melakar sejarah sebagai pereka fesyen lestari pertama dengan koleksi lestari di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilkan pakaian berkonsepkan kelestarian dan kemampanan alam sekitar.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

OBJEKTIF FESYEN KELESTARIAN

Dari segi indikator Matlamat Pembangunan Mampan,(Sustainable Development Goals),Jenama Hatta Dolmat menyasarkan Matlamat Pembangunan Mampan 14 yang berfokuskan kepada hidupan bawah air dan Matlamat Pembangunan 12 iaitu Penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN 14: Kehidupan dalam Air

Inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan 14 Kehidupan dalam air  yang disasarkan oleh jenama Hatta Dolmat dari segi sasaran hasil adalah mengurangkan pencemaran laut, melindungi dan memulihkan ekosistem kehidupan dalam kawasan air sekaligus memulihara kawasan pantai dan marin.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab

Inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan 12 Penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab pula memfokuskan kepada pengunaan mampan dan corak pengeluaran. Jenama Hatta Dolmat mula mengutip dan mengumpul botol plastik kemudian memproses botol plastik tersebut menjadi benang sebelum ditukar menjadi fabrik.Untuk koleksi pakaian Hatta Dolmat tahun ini,kain lapisan (lining) dan butang berkonsepkan kelestarian.Ia bertujuan untuk mengurangkan dan mengitar semula sisa plastik dan menggunakan teknologi baru untuk menghasilkan sisa plastik ke dalam fabrik.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

KERJASAMA BERSAMA KLOTH

Hatta Dolmat mula bekerjasama dengan syarikat Kloth Care sejak 2020 sehingga sekarang (2023). Syarikat Kloth Care merupakan syarikat pertama yang  memproses plastik menjadi kain.

Bermula 21 hingga 27 Ogos ini, acara mega Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menggabungkan lebih daripada 50 pereka fesyen tempatan yang akan mementaskan koleksi Ready To Wear di tujuh lokasi berbeza.

Che Puan Juliana Evans Catwalk Bersama Anak di Fashion Show Hatta Dolmat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Kecederaan ACL, Hun Haqeem Rancang Habiskan 2023 Dengan Rehat Panjang

Pengumuman Senarai Pertama Asia Artist Awards 2023 di Filipina