Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Charms telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.
Industri kosmetik dan penjagaan wajah adalah satu industri yang berkembang pesat di Malaysia ini. Menyedari akan faktor ini, Charms ingin memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa yang sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk.
Tanggal 19 Januari 2022 terlakar sejarah diantara pihak industri pengusaha produk iaitu CHARMS SKINCARE bersama UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) dimana Pusat Penyelidkan UTHM akan menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk CHARMS SKINCARE.
Kajian dan analisa produk yang dijalankan mengambil masa 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Keseluruhan kos yang berjumlah lebih 50 ribu ringgit Malaysia akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.
Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.
Pihak Charms Kosmetik berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik.