Lebih istimewa lagu ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan itu yang mana turut menampilkan penyanyi popular Nabila Razali.
Karya berentak pop balada ini merupakan ciptaan Iqie, Iskandar dan Danial mengisahkan tentang persahabatan yang terjalin sejak kecil sehingga timbul rasa cinta antara mereka.
“Saya ingin mengembalikan memori kisah percintaan zaman kanak-kanak. Saya percaya ramai pernah mengalami pengalaman manis seperti ini.”
“Namun tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Ada yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan,” ujarnya.
Bagi Nabila Razali, kolaborasi bersama Insomniack merupakan peluang keemasan dan satu pencapaian baharu dalam kerjaya nyanyiannya.
“Saya melihat Insomniacks satu kumpulan anak muda yang kreatif dan berjaya menghasilkan karya-karya segar. Mereka mempunyai identiti tersendiri yang membuatkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka berjaya menambat hati pendengar.
“Dalam perancangan kerjaya saya memang ada plan untuk berkolaborasi bersama mereka dan Alhamdulillah akhirnya tercapai. Saya sangat berpuas hati dengan lagu dan muzik video yang dihasilkan,” ujarnya.
Muzik video Cerita Kita yang dilancarkan pada 22 September lalu kini sudah mencecah lebih 100,000 tontonan di saluran Youtube dalam masa 5 hari.
Lagu tersebut juga kini menjadi trending di laman Youtube dan platform streaming.
Untuk rekod, lagu Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.
Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd dan Nabila Razali Entertainment.
Selain itu, bagi merancakkan lagi proses promosi, majlis pelancaran Malam Cerita Kita telah diadakan pada 30 September yang bertempat di Bsync Hall, Kuala Kumpur.
Sekadar info, Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Iskandar (bass) dan Danial (gitar) ini ditubuhkan pada 2015.
Kumpulan ini berjaya mencipta nama pada tahun 2018 menerusi single kedua mereka berjudul Pulang yang mendapat sambutan menggalakkan dengan 32 juta tontonan Youtube dan menjadi lagu paling tinggi distrim di Malaysia pada 2019.
Diikuti single Sempurna yang dilancarkan pada 2022 berjaya meraih 15 juta tontonan YouTube dan berada selama 88 minggu di carta RIM.