in , ,

Cerita Kebajikan Program ORANG BAIK-BAIK Dihoskan oleh Sweet Qismina & Fimie

Individu dan kumpulan yang menyumbangkan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan atau kebajikan dikongsikan kisahnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program diberi tajuk “OBB (Orang Baik-Baik)” setiap Khamis, pukul 11.00 malam di TV2.

Individu dan kumpulan yang menyumbangkan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan atau kebajikan dikongsikan kisahnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program diberi tajuk “OBB (Orang Baik-Baik)” setiap Khamis, pukul 11.00 malam di TV2. 

Dalam 13 episod siarannya memberi tumpuan kepada seseorang atau sekumpulan warga yang layak diiktiraf sebagai Orang Baik-Baik (OBB) berpandukan kepada kegiatan-kegiatan kemasyarakatan atau kebajikan yang diusahakan. Kegiatan dan kisah mereka itu akan dijejaki dan dipaparkan melalui pengalaman dan perjalanan sehari bersama mereka oleh hos program, Fimie Don dan Sweet Qismina. Menariknya dienghujung siaran, Orang Baik-Baik ini akan dikejutkan dan diraikan dengan penganugerahan trofi OBB.

Episod 1

Memberi fokus kepada kegiatan yang dijalankan oleh seorang pekerja kemasyarakatan yang aktif, Uncle Kuan Chee Heng, pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia. Beliau mendapat jolokan ‘Uncle Kentang’ kerana kerap menyumbang bahan makanan itu kepada golongan yang kurang bernasib baik. Pada rancangan ini dipaparkan pengoperasian kegiatan kemasyarakatan Uncle Kuan dan pasukannya melalui penyediaan pelbagai perkhidmatan yang bersifat kebajikan, khususnya untuk golongan yang kurang mampu. Episod ini berakhir dengan Uncle Kuan diiktiraf sebagai Orang Baik-Baik (OBB) dianugerahkan dengan trofi OBB dalam satu majlis makan yang dirancangkan khas untuk meraikan jasanya kepada masyarakat.

Episod 2 

Episod ini memberi fokus kepada kegiatan kebajikan yang dijalankan oleh En. Iskandar Syah Ismail (nama jolokan Doktor Badut), pengasas Red Bubbles atau gelaran lainnya Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2011. Misi Red Bubbles adalah bagi menghibur pesakit kanak-kanak di hospital terutamanya kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik. 

Episod 3 

Episod ini memberi fokus kepada ‘The Picha Project’, yang diasaskan pada awal tahun 2016 oleh tiga orang kawan, Lim Yuet Kim, Lee Swee Lin, dan Suzanne Ling. ‘The Picha Project’ merupakan satu projek keusahawanan sosial, di mana matlamat asasnya adalah untuk membantu pelarian wanita di Malaysia meningkatkan mata pencarian mereka menerusi masakan. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan kemanusiaan dan kebajikan yang dijalankan melalui ‘The Picha Project’. 

Episod 4 

Fokus kepada kegiatan kebajikan yang dijalankan oleh YM Raja Iskandar Raja Mansor, pengasas Artattackingrajais. Misinya adalah membukakan peluang-peluang perniagaan untuk golongan OKU dan juga mengadakan aktiviti-aktiviti riadah bagi mereka. Kegiatan kebajikan dan sukarelawan yang diusahakan itu turut menjadi satu motivasi positif buat YM Raja Iskandar untuk mengatasi cabaran kesan strok yang dialaminya pada 2015 dan sekaligus mendorong beliau mengasaskan Artattackingrajais khususnya dalam membukakan peluang-peluang perniagaan untuk golongan OKU. 

Episod 5 

Fokus kepada Team Rescue Bencana Malaysia bersama pengasasnya Tuan Haji Mohammad Dean Lau. Team Rescue Bencana Malaysia merupakan satu pasukan penyelamat sukarelawan yang bekerjasama dengan agensiagensi kerajaan yang berkaitan dalam memberi bantuan semasa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, SAR dan penyelamatan di hutan. Pasukan itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan menyelamat. Mereka mengalu-alukan badan korporat untuk terlibat dalam kegiatan mereka sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Mereka juga sedia memberi latihan kepada sukarelawan yang berminat mengenai aspek-aspek pengendalian keselamatan bencana alam. 

Episod 6 

Tumpuan kepada Buku Jalanan Chow Kit, diasaskan pada awal tahun 2015 oleh Cikgu Siti Rahayu Baharin, merupakan satu projek kebajikan sosial, di mana matlamat asasnya adalah untuk mengajar anak-anak terbiar membaca dan mengira di kaki lima Jalan Chow Kit. Buku Jalanan Chow Kit yang bergerak sepenuhnya dengan tajaan orang ramai dan badan korporat, kini beroperasi setiap hari di sebuah rumah kedai secara tetap di Lorong Haji Taib 1, Jalan Chow Kit. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan yang dijalankan melalui Buku Jalanan Chow Kit demi menyediakan tempat yang selamat untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekitar Chow Kit mendapatkan kesamarataan pendidikan secara percuma.

Episod 7 

Fokus kepada S.I (Seroja Inn) Home Shelter yang diasaskan oleh En. Muhammad Razeef dan isterinya Puan Nurul Ain Abdul Hamid di Shah Alam. Ia merupakan satu pusat jagaan dan perlindungan kucing yang beroperasi secara bebas, dan bukan untuk keuntungan. Pusat ini ditubuhkan atas keinginan untuk menyelamat kucing terbiar, termasuk yang mengalami kecacatan dan kecederaan akibat penyakit serta kemalangan dan terdorong oleh rasa simpati terhadap nasib haiwan itu. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan yang dijalankan melalui S.I Home Shelter dalam menyediakan tempat yang selamat untuk kucing yang terbiar dan sakit. 

Episod 8 

Fokus kepada ‘Rohingya Women Development Network’ (RWDN), merupakan satu projek kebajikan sosial bertujuan bagi mengajar wanita etnik Rohingya untuk memanfaatkan kebolehan mereka, membangunkan kemahiran baru dan memberi mereka peluang untuk memimpin. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan yang dijalankan melalui RWDN dalam memantau perkembangan wanita dan kanak-kanak etnik Rohingya termasuk mengadakan pelbagai aktiviti serta kursus kepada mereka supaya lebih berdikari dan mampu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. 

Episod 9 

Tumpuan kepada FOLO (Feed Our Loved Ones) Farms mengusahakan kebun tanaman sayur-sayuran secara organik ini dikendalikan oleh ahli-ahli dan misi mereka adalah demi memperolehi sayur-sayuran yang berkhasiat untuk anggota-anggota keluarga mereka, ahli-ahlinya dan juga untuk masyarakat. Inisiatif ini merupakan satu keusahawanan sosial dalam komuniti yang diharap dapat mendorong pewujudan kebun-kebun komuniti penanaman sayur-sayuran secara organik yang seumpamanya. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan yang dijalankan melalui FOLO Farms seperti sisa-sisa makanan yang dikumpulkan dari hotel-hotel dikomposkan untuk menanam sayur-sayuran mereka tanpa menggunakan racun perosak kimia atau baja. 

Episod 10 

Episod ini memberi fokus kepada ‘Umie Aktif’ yang diasaskan pada tahun 2016 oleh Nik Sin Nik Man dan Lawrence Anak Ubus dengan Syed Azmi Alhabshi selaku penasihat. Ia merupakan satu projek keusahawanan sosial bertujuan untuk membantu dalam menjana pendapatan penghuni-penghuni di Jalan Chow Kit, khususnya kaum ibu, dengan memasarkan produk-produk kraftangan seperti anak patung dan beg yang mereka usahakan. 

Episod 11 

Episod ini memberi fokus kepada ‘Pit Stop Community Cafe’ merupakan satu projek keusahawanan sosial bertujuan membantu golongan gelandangan dan tidak berkemampuan di ibu negara dengan menyediakan makanan percuma atau bayaran ikut kemampuan kepada mereka. Pada masa sama, kafe ini juga menyediakan pelbagai aktiviti kemahiran, termasuk bengkel latihan kulinari, pengurusan dapur dan kelas bahasa Inggeris. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan yang dijalankan melalui ‘Pit Stop Community Cafe’. Kafe ini mengetengahkan konsep kemanusiaan dengan membuka peluang pilihan kepada gelandangan menikmati makanan dengan percuma. 

Episod 12 

Episod ini memberi fokus kepada ‘Kengkawan Project’ (Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan) yang diasaskan pada tahun 2013 oleh pasangan suami-isteri Faizal Mahmood dan Norhana Osman. Ia merupakan satu projek keusahawanan sosial bertujuan untuk membantu dari segi tenaga, dana dan usaha kepada golongan-golongan yang memerlukannya. ‘Kengkawan Project’ tidak khusus pada satu aktiviti dan golongan tetapi menyeluruh. Lebih daripada itu, projek mereka bukan hanya tertumpu dalam negara, malah melibatkan rakyat di luar negara. 

Episod 13 

Fokus kepada ‘The 3rd Force’ diasaskan oleh YM Raja Shamri Raja Husin yang matlamatnya adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dengan cepat dan telus serta menyuburkan kasih sayang dan semangat kesukarelawan sesama insan. Dalam rancangan ini dipaparkan kegiatan-kegiatan yang dijalankan melalui ‘The 3rd Force’ yang meliputi pemberian pelbagai bantuan seperti bencana alam, perubatan, pembinaan rumah, persekolahan, dan infrastruktur. Di samping itu, ia juga menyediakan latihan kesukarelawanan, motivasi, sukan untuk OKU seperti memanah dan lain-lainnya. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AYU RAUDHAH

Ayu Raudhah Kembali Jadi Heroin dalam Drama SEHARUM RINDU 2

Peraduan Premiere With Budiey Menonton SPIDER-MAN: HOMECOMING