Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Strategi penjadualan baharu ini akan bermula pada 1 Ogos ini dengan mengukuhkan slot waktu pagi untuk memberi kepuasan kepada penonton setia kami. Menerusi TV3, ada beberapa program yang disingkatkan waktu siaran supaya ia menjadi lebih padat di samping penampilan selebriti berbakat besar seperti Nabila Huda, Sissy Imann dan Amyra Rosli sebagai hos program TV3.”
Mulakan rutin harian anda dengan program ilmiah, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada setiap hari, pukul 6.30 pagi. Dapatkan berita terkini dalam Buletin Pagi yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 pagi dan bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad, pukul 9.30 pagi.
Slot Cempaka yang menyiarkan seleksi drama bersiri popular akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.00 pagi. Drama bersiri pertama yang mengisi slot Cempaka ialah ‘Lelakimu Yang Dulu’ lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli dan Reen Rahim.
Dua program bual bicara popular iaitu Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam terus komited dalam berkongsi info menarik, isu-isu semasa serta topik yang berkait rapat dengan soal kepentingan masyarakat. Malaysia Hari Ini akan bertukar waktu siaran kepada pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi mulai 2 Ogos manakala Borak Kopitiam pula bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.
Hujung minggu anda pasti lebih ceria dengan program Muzik Muzik yang kini bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sissy Imann. Tentunya keletah kedua-dua hos ini menceriakan pagi anda dan sama-sama kita mengikuti Carta Mingguan Muzik Muzik untuk mengetahui kedudukan terkini lagu-lagu yang dicalonkan.
Melodi, program paling sensasi negara akan menampilkan Nabila Huda selaku hos terbaharu bermula Ogos ini dengan waktu siaran baharu iaitu pukul 12.30 tengah hari selama satu jam. Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang seni dan pernah menyandang Pelakon Wanita Terbaik di beberapa anugerah yang berprestij.
Amyra Rosli, pelakon wanita yang popular dengan drama bersiri Nur, Sang Pewaris dan Sabarlah Duhai Hati akan menggalas tugas sebagai hos program Nona mulai 8 Ogos 2021 pada pukul 2.00 petang.
Berikut ialah perubahan siaran TV3 mulai 1 Ogos 2021:
Isnin hingga Jumaat
8.00 – 9.00 pagi | CEMPAKA |
9.00 – 9.30 pagi | BULETIN PAGI |
9.30 – 10.30 pagi | MALAYSIA HARI INI |
Ahad
8.00 – 9.30 pagi | BORAK KOPITIAM |
9.30 pagi | BULETIN PAGI |
11.30 pagi – 12.30 tengah hari | MUZIK MUZIK |
12.30 tengah hari – 1.30 petang | MELODI |
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.