in

Ceria Popstar Musim Ke-2 Lebih Mantap

Selepas menobatkan pasangan duo yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Hairul atau nama sebenar Hairul Asri Alis Sofjan, 15, dan Leen atau nama sebenar Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 14, program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak iaitu Ceria Popstar kini kembali dengan pengisian lebih mantap untuk musim yang kedua.

Pihak produksi Astro telahpun mengunjungi ke tiga buah lokasi utama terpilih untuk sesi uji bakat yang bertempat di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru pada 22 Mac dan Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 5 & 6 April dan di lokasi terakhir iaitu Paradigm Mall, Kelana Jaya pada 12 & 13 April 2014 untuk mengenal pasti bakat-bakat berpotensi dalam bidang seni suara yang bakal diserap masuk bagi memeriahkan musim terbaharu ini.

Tempat untuk mendaftar penuh seawal jam 10 pagi untuk mendaftar ujibakat di Paradigm Mall

Program Realiti Ceria Popstar Kini Kembali Untuk Musim Kedua. Penyertaan terbuka kepada peserta solo, duo atau berkumpulan

Calon peserta juga boleh memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, pasangan duo ataupun berkumpulan. Bukan itu sahaja, calon peserta juga bebas untuk menyanyikan lagu daripada pelbagai genre seperti pop, rock, acapella, boria, ghazal dan lain-lain lagi. Calon peserta yang berkebolehan untuk bermain alat muzik juga amat dialu-alukan.

[pullquote]Selain itu, calon peserta yang ingin menyertai sesi uji bakat juga tidak boleh terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan dengan mana-mana syarikat.[/pullquote]

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata:

“Berdasarkan maklum balas positif yang diterima, ternyata program Ceria Popstar telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton walaupun ia baru diperkenalkan buat petama kali pada tahun lepas. Ia bukan sahaja digemari oleh golongan cilik, malah turut mendapat perhatian seisi keluarga yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Melihat dan membuat penelitian daripada perkembangan ini, kami membuat keputusan meneruskan inisiatif ini dengan membuka peluang kepada golongan cilik untuk mendekati bidang seni suara secara lebih mendalam melalui platform yang disediakan.

Menyaksikan adik-adik cilik kita mengembangkan bakat dan belajar untuk memupuk keyakinan diri dalam program Ceria Popstar merupakan suatu proses pembelajaran tambahan buat mereka. Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap minat kanak-kanak pula menjadikan mereka merasa lebih dihargai dan disayangi.”

Juara Ceria Popstar musim kedua bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM15,000 beserta trofi. Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Calon peserta yang berminat perlu berumur 15 tahun ke bawah dan mestilah berwarganegara Malaysia ataupun penduduk yang bermaustatin di Malaysia. Mereka dikehendaki untuk menyanyi lagu-lagu pilihan seperti berikut:

PILIHAN LAGU-LAGU WAJIB

1. Penglipur Lara – Hazama
2. Sandiwara Cinta – Repvpblik
3. Hanya Aku – Hyper Act
4. In Love With You – Noh & Aizat
5. Havoc – Joe Flizzow ft. Altimet & Sonaone
6. Pencuri – Mark Adam
7. Aku Dulu Bukan Yang Sekarang – Tegar
8. Al Haq – Mawi ft Dato’ AC Mizal
9. Kita – Forteen
10. One Thing – One Direction
11. I Love You – Najwa Latif
12. Bosan – Stacy
13. Patah Seribu – Shila Amzah
14. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor
15. Dewi Cinta – Adira
16. Muara Hati – Dato’ Siti Nurhaliza ft Hafiz
17. Hello – Smash ft Stacy
18. 150 Juta – Ainan Tasneem
19. Sayang – Shae
20. Roar – Katy Perry

Program Ceria Popstar musim kedua ini akan mula bersiaran di Astro Ceria dan Astro Maya HD (siaran serentak) menerusi saluran 611 dan saluran 135 pada hari Jumaat, jam 9.00 malam bermula 9 Mei hingga 20 Jun 2014. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Antara kumpulan yang menghadiri ujibakat ceria popstar di Paradigm Mall musim kedua.

Sleeq juga hadir pada ujibakat untuk memberi sokongan pada peserta ujibakat.

Cikgu Syafi merupakan juri yang mengadili ujibakat di Paradigm Mall

peserta cilik yang bergaya dan berani menghadiri ujibakat.

Hazama dan WARIS membuat persembahan untuk menghiburkan pengunjung Paradidm Mall

Walaupun lama menunggu, ibu bapa tetap bersemangat menyokong dan menemani anak menghadiri ujibakat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Discovery Channel Siar Dokumentari FLIGHT 370: THE MISSING LINKS

Tips Penjagaan & Pengubahsuaian Kereta Dalam Program Car Fix