in

Ceria Popstar Beri Peluang Kedua Buat Hazmil, Rezza, Irfan & Dalili

Peserta Tersingkir Rebut Tempat Ke Konsert Separuh Akhir Di Samping Persembahan Istimewa Sempena Hari Ibu. Dunia seakan gelap seketika buat Hazmil dan Rezza, saat nama mereka diumumkan tersingkir di konsert Ceria Popstar yang lalu.

Namun, mendung tidak selamanya berarak kelabu, mereka berdua kembali merebut tempat ke pusingan separuh akhir apabila pihak produksi Ceria Popstar memutuskan untuk memberi peluang kedua buat empat peserta yang telah tersingkir.

1

Ceria Popstar Beri Peluang Kedua Buat Hazmil, Rezza, Irfan & Dalili

[dropcap]M[/dropcap]ereka semua akan bertarung malam ini bagi memastikan impian bergelar juara Ceria Popstar 2016 masih menyala. Irfan, Dalili, Hazmil dan Rezza akan menyampaikan lagu pilihan mereka sendiri dalam Konsert ‘Peluang Kedua’ yang akan bersiaran jam 9 malam ini di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Empat lagi finalis yang telah pun meloloskan diri mereka ke pusingan separuh akhir pula akan membuat persembahan bersama artis jemputan dan cikgu masing-masing. Persembahan istimewa mereka ini didedikasikan khas buat semua insan bergelar ibu di luar sana sempena Hari Ibu Sedunia yang disambut minggu lalu. Mark Adam yang telah kehilangan dua anak didiknya Hazmil dan Rezza minggu lalu bakal berpadu suara bersama kumpulan Sistar menyanyikan lagu popular Filipina, Anak dalam versi bahasa Tagalog.




Jaclyn Victor pula akan mengiringi persembahan dua peserta bimbingannya , Eylia dan Aniq menerusi lagu Because You Love Me dan Untukmu Ibu. Ketiadaan Black pada konsert kali ini atas urusan kerja tidak mematahkan semangat Jun apabila dia akan berkongsi pentas bersama Juara Akademi Fantasia yang juga anak kelahiran Tawau sama sepertinya, Firman mendendangkan lagu Sempurna, nyanyian asal Andra & The Backbone.

[pullquote align=”right”]Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.[/pullquote]

Sama-sama kita saksikan Konsert ‘Peluang Kedua’ Ceria Popstar yang akan disiarkan malam ini bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105. Konsert kali ini menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak diundang selaku juri jemputan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Awie dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Berikut merupakan senarai lagu peserta di Konsert ‘Peluang Kedua’ Ceria Popstar 2016;

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang mendapat peluang kedua ke Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016 minggu hadapan? Saksikan Konsert ‘Peluang Kedua’ Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

10

9

8

7

6

5

4

3

2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Little Mix Teruja Datang Malaysia Untuk THE GET WEIRD TOUR LIVE IN MALAYSIA

Siti Elizad Kini Jadi Juara Gempak Superstar 2016