Dan CEO Twitter, Jack Dorsey kini tidak merancang untuk melihat stafnya kembali semula ke pejabat. Malah Dorsey sudah mengumumkan syarikat mereka akan kekal dengan dasar kerja dari rumah selepas September. Beliau kini sedang berbincang dengan para pegawainya tentang garis panduan lebih baik dan bagaimana untuk membantu stafnya agar dapat bekerja dari rumah dengan lebih efisien.
Antaranya, mungkin akan membantu mereka memiliki pejabat kecil sendiri di rumah / working station.
Seorang jurucakap Twitter menyatakan kepada ABC:
“Apabila kami membuka pejabat kelak, ia tetap tak akan sama seperti sebelum ini.”
“Kami akan berhati hati dengan langkah berjaga jaga lebih ketat.”
Malah Twitter sudah mengesahkan bahawa, tidak ada staf mereka akan kembali semula ke pejabat untuk tahun ini.
“Kami bangga dengan langkah awal kami ambil untuk melindungi pekerja kami dan komuniti kami. Ia kekal menjadi keutamaan kami dalam usaha kami terus bekerja dalam situasi yang kita tak tahu bagaimana ia akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang,”
In a tweet, @jack said the donation was to “to give EVERY single child in Oakland access to a laptop and internet in their homes.” https://t.co/jELEaeMbeT
— San Francisco Chronicle (@sfchronicle) May 15, 2020
Twitter telah mengarahkan seramain 5,000 pekerjanya untuk bekerja dari rumah bermula Mac. Keputusan itu dibuat selepas mereka merupakan bukan entiti perniagaan keperluan. Jadi, tidak perlu untuk Twitter mendesak pekerjanya unuk datang ke pejabat.
Polisi kerja dari rumah juga diamalkan sepenuhnya oleh beberapa syarikat gergasi lain termasuk Google dan Amazon.
Dorsey turut menderma 28% daripada kekayaannya untuk membantu meringankan beban C0V19 pada April ataupun $1 billion.
Dorsey menyatakan wang itu beliau ambil daripada ekuiti beliau di Square.
News: Twitter will allow its employees to work from home forever. @jack just emailed the company about it. Details here: https://t.co/KvvozuQ8Qn
— Alex Kantrowitz (@Kantrowitz) May 12, 2020
“Kenapa saya ambil wang dari Square bukan Twitter? Senang, jawapannya kerana saya ada lebih banyak wang di Square.”
“Dan sekarang saya kena kuatkan lagi usaha untuk menjual. Impak wang ini sepatutnya memberikan manfaat kepada orang ramai untuk jangka masa panjang kerana ia membantu mereka yang benar benar mahu berkhidmat.”
– Dorsey
Malah Dorsey menyatakan, pekerja mereka boleh bekerja dari rumah untuk selama-lamanya jika mereka mahu berbuat demikian. Hanya perlu memaklumkan kepada pihaknya, sebaik sahaja lockdown ini berakhir.
Namun mereka yang bekerja dalam skop kerja yang memerlukan mereka sendiri datang, maka mereka kena datang ke pejabat. Antaranya seperti kerja menyelenggara server.