in , ,

Celine Dion Batal Konsert Jelajah Dunia, Diagnosis Gangguan Neurologi

Penyanyi popular, Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia susulan keadaan kesihatannya yang menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.

“Saya minta maaf kerana sekali lagi mengecewakan anda semua,” tulisnya di Instagram pada Jumaat lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada Disember lalu, Dion, 55, menangguhkan beberapa konsert jelajah Eropah dan konsert musim bunga 2023.

“Baru-baru ini, saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang dipanggil sindrom orang kaku yang menjangkiti satu dalam sejuta orang,”

– Celine Dion
Celine Dion Batal Konsert Jelajah Dunia Kerana Didiagnosis Gangguan Neurologi

Pembatalan terbaharu itu menjejaskan 42 pertunjukan di Eropah, bermula dengan tiga konsert pada Ogos di Amsterdam. Peminat boleh mendapatkan semula bayaran dengan menghubungi tempat pembelian asal tiket.

“Adalah tidak adil untuk terus menangguhkan persembahan, sebaiknya kita batalkan segala-galanya sekarang sehingga saya benar-benar bersedia untuk kembali ke pentas. 
“Saya mahu anda semua tahu, saya tidak berputus asa… dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi!,”

– Celine Dion

Pada April, beliau mengeluarkan lima lagu baharu untuk filem “Love Again” arahan James C. Strouse yang dibintangi oleh Priyanka Chopra Jonas dan Sam Heughan.

Filem yang mula ditayangkan pada 5 Mei itu turut menyaksikan Dion membuat penampilan sulungnya di layar perak. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHARNAAZ AHMAD

Sharnaaz Dedah Cabaran & Kesukaran Berlakon dalam POLIS EVO 3

ADAM SYAMIL

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang