in

Celebrity Race Media Hiburan 2013 Happening

[dropcap]B[/dropcap]ertahan hampir 28 tahun dan kekal sebagai Majalah Mingguan Selebriti Nombor Satu Malaysia, Media Hiburan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan program Celebrity Race Media Hiburan & KPDNKK sempena Minggu Pengguna 2013 yang bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resorts, Ulu Yam.

[pullquote align=”right”]Kolaborasi Mantap Celebrity Race Media Hiburan Kali Kedua Bersama KPDNKK meriah[/pullquote]

Kerjasama kali kedua bersama KPDNKK ini adalah kesinambungan daripada kejayaan program Lepak Santai Kepenggunaan KPDNKK & Media yang berlangsung di Putrajaya, tahun lepas.

Selain mendekatkan golongan artis, media dan orang ramai, objektif utama program ini adalah untuk memberi informasi berkenaan KPDNKK dan Media Hiburan sendiri selaku penganjur utama.

Menurut kata-kata Editor Pengurusan Media Hiburan, Meen Tahrin:

“Saya melihat program ini sebagai sesuatu yang sihat dan patut dijadikan sebagai acara tahunan. Kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan membuktikan majalah hiburan juga berperanan dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu kepenggunaan.”

Program ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu media, selebriti dan terbuka. Lebih daripada 70 kumpulan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 20 kumpulan selebriti, 20 kumpulan media dan 30 kumpulan terbuka. Setiap kumpulan terdiri daripada dua peserta dan mereka diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan.

Antara halangan fizikal yang diharungi adalah ‘Kayaking’, ‘Flying Fox’, ‘Repelling’, ‘Mud Spa’, ‘Jungle Trekking’ dan ‘Pool’. Manakala bagi cabaran mental, peserta diberikan soalan-soalan yang menguji pengetahuan tentang KPDNKK dan Media Hiburan.

Pemilihan pemenang dibuat mengikut kategori masing-masing berdasarkan ketepatan jawapan dan kepantasan menamatkan cabaran.

Juara bagi setiap kategori menerima wang tunai bernilai RM2000, hamper, produk Adabi, baucar keahlian Celebrity Fitness selama sebulan setiap seorang dengan dua kali sesi bersama jurulatih peribadi dan langganan Media Hiburan (eMall) selama setahun setiap seorang.

Tempat kedua menerima wang tunai RM1500, hamper, produk Adabi, baucar keahlian Celebrity Fitness selama sebulan setiap seorang dengan dua kali sesi bersama jurulatih peribadi dan langganan Media Hiburan (eMall) selama setahun setiap seorang.

Manakala tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM1000, hamper, produk Adabi, baucar keahlian Celebrity Fitness selama sebulan setiap seorang dengan dua kali sesi bersama jurulatih peribadi dan langganan Media Hiburan (eMall) selama setahun setiap seorang.

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

Media Hiburan

SENARAI NAMA PEMENANG CELEBRITY RACE 2013

(KATEGORI ARTIS)

JUARA
Ana Syuhada Bt Noor Asram
Puteri Caroline Bt Mohd Kamel

NAIB JUARA
Azharudin Bin Ramli
Mohd Hairey Azhar Bin Abd Rahman

TEMPAT KETIGA
Nuur Jihan Binti Musa
Ungku Hariz Faizal Bin Ungku Mohamed Fadli

(KATEGORI MEDIA)

JUARA
Siti Athirah Dzulkifly
Nur Asyikin Mayudin
(Utusan Malaysia)

NAIB JUARA
Ahmad Zul Hilmi Mohamad
Nurdhiya Aizat Othman
(Gua.com)

TEMPAT KETIGA
Mazli Md Yatim
Norazlan Ismail
(Karangkraf)

(KATEGORI TERBUKA)

JUARA
Fatehi Bin Kasim
Muhammad Azwan Bin Ishak

NAIB JUARA
Mohd Azrai Bin Mohd Zin
Azimah Binti Abdul Aziz

TEMPAT KETIGA
Norhisyam Hazriq Bin Sulaiman
Norsharmeyla Binti Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji di Jurassix Park 2013 Miri

Maxis Berhad Mengumumkan Perubahan Kepimpinan