Trend penggunaan internet terus meningkat malahan mencatatkan lonjakan memberangsangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ini, belia di Malaysia didapati secara aktif menggunakan aplikasi pemesejan multimedia untuk menonjolkan kreativiti, berhibur selain mencipta lebih banyak kandungan digital setiap hari.
Bersempena dengan Hari Belia Antarabangsa hari ini, Celcom Xpax bekerjasama dengan Snapchat dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memberi belia Malaysia akses kepada dunia digital dan menerapkan gaya hidup digital yang menyeronokkan.
Mulai hari ini, Celcom Xpax menawarkan semua pelanggan baru dan sedia ada akses tanpa had kepada Snapchat selama 3 bulan. Sehingga 16 September 2020, pelanggan Celcom Xpax boleh log masuk ke Aplikasi Celcom Life dan menebus akses Snapchat 3 bulan percuma mereka.
Dalam tempoh ini, pelanggan Celcom Xpax juga dapat menikmati keajaiban Snapchat dan bebas untuk mengekspresikan diri, berkongsi momen bersama rakan dan keluarga tanpa perlu bimbang menggunakan data mereka.
Bagi menyokong amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di tempat awam, pelanggan Celcom Xpax kini boleh menikmati penapis Snapchat dan Lensa AR yang direka khas dan bakal didapati tidak lama lagi, untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia akan datang.
Diperkasakan Secara Digital
Disokong oleh rangkaian 4G LTE terluas Celcom, pengguna Celcom Xpax dapat berkongsi kandungan kreatif digital mereka bersama rakan dan keluarga melalui Snapchat. Pengguna juga dapat menikmati semua aktiviti internet kegemaran mereka yang lain dengan kuota dan kelajuan 3Mbps tanpa had, termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan pas prabayar Celcom Xpax Truly Unlimited.
Salah satu bidang pertimbangan utama adalah dunia Augmented Reality (AR) atau realiti tambahan. Snap adalah peneraju AR dengan lebih daripada 170 juta Snapchatters terlibat dengan AR di platform hampir 30 kali ganda setiap hari. Syarikat yang membangun aplikasi Snap ini telah menyamaratakan penciptaan pengalaman realiti tambahan melalui pengenalan aplikasi desktop Lens Studio menakjubkan, sekaligus membolehkan dimuat turun secara percuma oleh sesiapa sahaja. Hari ini terdapat puluhan ribu pencipta Lensa menggunakan kaedah tersebut.
Kempen Snapchat Celcom Xpax selaras dengan inisiatif pemerkasaan belia MDEC yang bertujuan menyediakan akses lancar ke ekosistem digital. Selain itu, MDEC juga mendorong inovasi digital dengan memupuk kemampuan para belia Malaysia dan memastikan mereka dapat menyesuaikan diri serta bersedia untuk masa hadapan.
Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, menerusi kerjasama ini, belia Malaysia boleh mengekspresikan diri secara kreatif dengan lensa dan penapis realiti tambahan bertemakan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Snapchat. Ia juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk kekal selamat dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dilaksanakan.
“Akses Snapchat tanpa had Celcom Xpax, membolehkan belia meningkatkan dan mencipta kandungan digital yang unik serta mengekspresikan diri mereka secara kreatif dengan idea digital tersendiri. Celcom Xpax juga berusaha untuk bekerjasama dengan lebih banyak platform teknologi dan membawa perkhidmatan digital terbaik untuk memperkasakan belia Malaysia.
Kerjasama berterusan Celcom dengan MDEC melalui pelbagai inisiatif membolehkan Celcom merapatkan jurang inovasi digital dan mendorong penggunaan digitalisasi yang berkembang pesat yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Selain itu, ia juga meningkatkan ekosistem digital ketika negara berada dalam fasa pemulihan. Pengguna juga disarankan untuk kekal selamat di rumah dan senantiasa berhubung dengan tersayang.
Nana Murugesan, Pengarah Urusan, International Markets, Snap Inc. berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Celcom dan MDEC untuk memberi lebih banyak Snapchatters di Malaysia peluang berkomunikasi secara visual dengan rakan dan keluarga terdekat serta meneroka dunia realiti tambahan melalui Lensa yang terdapat di Snapchat, tanpa kebimbangan tentang data. Di samping itu, sebagai transformasi digital menjadi fokus utama, kami mahu belia Malaysia diperkasa dengan pengalaman realiti tambahan menerusi aplikasi desktop Snap’s Lens Studio. “
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.celcom.com.my/xpax . Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Lens Studio, sila layari https://lensstudio.snapchat.com/ atau kursus Open Learning Lens Studio di sini.