in

Ini Cara Untuk Naik Uber ke KLIA Secara PERCUMA

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama yang dijalinkan dengan perkhidmatan pengangkutan digital, Uber Malaysia. Kerjasama ini akan memberikan pelbagai faedah kepada pengguna Celcom yang turut melanggan Uber dalam masa beberapa bulan akan datang.

Celcom & Uber

Penumpang Uber yang juga pengguna pascabayar dan prabayar Celcom bakal dapat menikmati :

● Menaiki Uber secara percuma atau dengan kadar diskaun sebagai sebahagian daripada program kesetiaan mereka.
● Menaiki Uber secara percuma ke KLIA atau KLIA2 dengan melanggani pakej perayauan antarabangsa Celcom Passport

Sebagai ganjaran kepada para pemandu Uber yang setia, Celcom akan menawarkan mereka dengan pelbagai pilihan peranti yang terkini, sesuai dipadankan dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom serta digabungkan bersama pelan Celcom FIRST™ serta pelbagai faedah tambahan. Antaranya ialah tiada caj ke atas kuota internet bagi penggunaan aplikasi Uber.

Celcom & Uber Bekerjasama Tingkatkan Gaya Hidup Digital Penumpang & Pemandu

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom akan terus dinamik bersama rakan strategik seperti Uber dan terus memenuhi keperluan digital pelangan dengan pelbagai faedah yang baru dan inovatif.

“Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat,” kata beliau lagi.

Karina Ali Noor, Pengurus Besar Pengembangan, Uber Malaysia pula berkata, “Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Celcom. Kami amat berharap kerjasama ini bakal menjadi salah satu cara untuk Uber terus memberikan kejutan dan menggembirakan para penumpang dan pemandu dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman yang menceriakan mereka, hanya dengan menekan satu butang sahaja.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my atau Blog Uber.

Celcom & Uber

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mat Redho Jadi Hos Travelog Bukan Jalan Biasa

Gambar Ella Buat Persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS