in ,

Celcom Terima Anugerah Antarabangsa Bagi Hab Penglibatan Pelanggan Terbaik 

Celcom Axiata Berhad merangkul anugerah ‘Best-in-class Customer Engagement Tool’ di majlis 14thAnnual Customer Experience Management Global Telecom, yang diadakan pada 30 Januari 2019, di London, United Kingdom.

Antara calon-calon yang turut bertanding adalah pemain industri peringkat antarabangsa seperti Vodafone, China Mobile dan Hutchison. Celcom telah diiktiraf dengan anugerah tersebut melalui hab Social Media Experience (SmEx)miliknya yang mengadaptasi integrasi pasukan bersilang fungsi, dan merupakan pertama seumpamanya di Asia. 

SmExmenggabungkan aktiviti pemasaran, jualan dan perkhidmatan untuk saluran media sosial bagi memastikan maklumbalas yang pantas dan menarik kepada pelanggan serta mencetuskan pengalaman yang positif melalui saluran media sosial.   

Hab SmExCelcom telah dilancarkan pada November 2017, dan kemudian telah menunjukkan kadar perkembangan yang sangat tinggi berbanding rakan industrI dalam capaian media sosial dan penglibatan pelanggan. Ia merupakan satu lagi saluran tambahan yang bukan hanya disediakan untuk golongan millennium, dalam memberi perkhidmatan dan pengalaman terunggul, serta mendengar maklumbalas mereka dan seterusnya menambahbaik perkhidmatan. Ejen Perkhidmatan Maya Celcom, iaitu Clive dan Emma turut diperkenalkan sebagai satu lagi inisiatif dalam penambahbaikan bagi penyediaan saluran media sosial.  

Celcom

Celcom Terima Anugerah Antarabangsa Bagi Hab Penglibatan Pelanggan Terbaik 

Anugerah tersebut juga merupakan satu lagi pengiktirafan kepada Celcom sebagai sebuah organisasi yang menampilkan kaedah paling inovatif dan pelaksanaan aplikasi yang berkesan dalam menarik pelanggan dan memperoleh kelebihan dalam persaingan serta faedah kepada perniagaan. 

Anugerah tersebut turut mengambilkira sumbangan syarikat telekomunikasi tersebut dalam memperbaiki kepuasan pelanggan, meningkatkan pengetahuan kepada produk dan jenama, serta kesetiaan pelanggan. Selain itu, ia turut mengambilkira jangkamasa tindakbalas, perkhidmatan layan diri, pengurusan maklumat dan penggunaan aplikasi tersebut. 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata anugerah tersebut adalah pengiktirafan kepada hab SmEx Celcom dan juga inisiatif yang berterusan dalam memacu agenda Celcom yang tertumpu kepada pelanggan. 

Celcom
Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

“Dalam memberikan komitmen yang berterusan dalam menyediakan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui pelbagai titik sentuh, hab SmEx kami akan terus memacu dan menyuburkan autonomi dalam membuat keputusan, pembelajaran pantas dan eksperimen dengan inovasi terkini bagi memperbaiki keterlibatan dengan pelanggan melalui media sosial,”

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Antara pelbagai anugerah yang dirangkul oleh Celcom tahun lepas adalah pengiktirafan sebagai syarikat telekomunikasi pertama di peringkat global dan Malaysia yang diberi persijilan SIRIM QAS International kerana memenuhi keperluan ISO 18295-2:2017 – Menguruskan Pusat Hubungan Pelanggan Secara Berterusan Meningkatkan Pengalaman Pelanggan dan Perkhidmatan Pelanggan Proaktifpada 20 September 2018. Usaha berterusan Celcom dalam menyediakan saluran perkhidmatan pelanggan yang mampan juga dibuktikan dengan memenangi Frost & Sullivan’s Excellence in Customer Experience – Contact Centre, Excellence in IoT Service Provider of The Year, dan Excellence in Customer Experience – In Store Experience Awardspada Jun, 2018. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWIE

Elemen Komedi & Cinta & Persahabatan dalam Filem BIKERS KENTAL 2

Samsung Raises the Bar with Galaxy S10: More Screen, Cameras and Choices