Acara Ramadan ini merupakan tahun ke-15 Celcom bekerjasama dengan pasukan polis trafik sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2015. Inisiatif tersebut merupakan usaha Celcom untuk menunjukkan penghargaannya kepada anggota polis trafik yang telah bekerja keras dan berdedikasi tanpa mengenal erti penat lelah dalam memantau kawalan aliran trafik ketika waktu puncak trafik terutama sekali pada bulan Ramadan.
Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara (KPN) menyempurnakan program dengan mengedarkan pek makanan berbuka puasa kepada anggota polis trafik yang bertugas serta orang ramai yang sedang berjalan di sepanjang Jalan Esfahan.
Acara tersebut turut disertai oleh pasukan pengurusan Celcom yang terdiri daripada Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Operasi (Teknologi), Azmi Ujang, Ketua Pegawai Modal Insan dan Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Korporat dan Transformasi.
Manakala, pegawai kanan PDRM yang turut serta termasuk Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Hajah Noorsiah binti Mohd Saaduddin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Dato’ Mohd Nadzri Bin Hussain, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Mohd Radi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Selepas program tinjauan mesra tersebut, acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee.
Dengan semangat Ramadan yang mengutamakan nilai berkongsi dan sifat prihatin, pasukan pengurusan Celcom dan pegawai kanan PDRM kemudian menyampaikan cenderahati raya kepada balu, anak yatim dan anak kategori berkeperluan khas polis kontinjen dari Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan, Bukit Aman dan Kuala Lumpur.