Celcom hari ini merasmikan pejabat korporat baharunya yang dinamakan “@celcom” (disebut sebagai “At Celcom”), menandakan kesediaannya dalam menyahut cabaran digital yang bakal mendatang. Bangunan @celcomdibina setinggi 31 tingkat dengan 450,000 kaki persegi, direka dengan persekitaran kerja yang Moden, Tangkas, dan Digital (Modern, Agile and Digital – M.A.D), dan boleh menempatkan kira-kira 1, 700 daripada 2, 700 kakitangannya di seluruh negara.
Ia menampilkan binaan berteknologi tinggi dengan fasiliti moden untuk memenuhi keperluan sebuah syarikat digital yang berorientasikan data.
Celcom Raikan 31 Tahun Memajukan Negara
Pejabat @celcom merupakan bangunan yang diiktiraf dengan [1]LEED Golddan [2]GBI, menampilkan pelbagai ruang berhimpun dan kerja bersama, di mana kakitangan bebas mengamalkan budaya kerja berasaskan aktiviti (Activity-Based Working -ABW), yang dapat meningkatkan produktiviti serta kolaborasi dengan membenarkan pekerja bebas memilih ruang kerja yang disukai.
@celcomjuga akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Objek Rangkaian Internet (IoT) Kumpulan Axiata Berhad, yang merangkumi “TheAcademy@celcom” dan akademi virtual Celcom yang baru, sebagai hab inovasi digital yang bukan sahaja untuk Kumpulan Axiata, malah untuk Malaysia dan serantau.
Keinginan Celcom untuk memulakan perjalanannya dalam IR4.0 dibuktikan dengan pelaburannya sebanyak RM100 juta bagi lima tahun, dan menubuhkan Pusat Kecemerlangan IoT dan infrastruktur IoT di Malaysia.
@celcom merupakan mercu tanda unik di tengah-tengah Petaling Jaya, telah dirasmikan oleh Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dalam sebuah majlis pada hari ini.
Untuk memastikan pengalaman atas talian yang lancar, Celcom adalah yang pertama di Malaysia dan di dunia menggunakan penyelesaian perkongsian Sel Kecil Tertutup 4-transmit-4-receiver (4T4R, dalam bangunan @celcom.
Ia merupakan satu lagi pencapaian Celcom, setelah menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan rangkaian Lightning Fast LTE, menggunakan penyelesaian liputan luaran 4T4Rdan membolehkan penggunaan peranti mudah alih dengan ciri 4×4 multiple-input dan multiple-output (MIMO).
“Perpindahan ke bangunan baru melambangkan 31 tahun Celcom bersama negara dalam memajukan masyarakat, dan juga penanda bahawa ia bersedia untuk menjadi pemacu digital negara. Sebagai syarikat yang menggalakkan kepelbagaian dan dinamik di kalangan kakitangannya, @celcom kini menggabungkan kakitangannya daripada pelbagai lokasi di bawah satu bumbung bagi menambahbaik kecekapan operasi dan produktiviti.
“Celcom sentiasa memainkan peranan yang penting dan asas dalam membina negara, dengan memiliki liputan rangkaian yang terluas di Malaysia, menghubungkan yang tidak terhubung, menyediakan peluang sama rata dan keterangkuman di kalangan mereka yang kurang mendapat perkhidmatan, serta memberi sumbangan berterusan kepada ekonomi dan masyarakat.
Perpindahan ini menandakan satu lagi fasa dalam perjalanan transformasi kami ke arah Moden, Tangkas dan Digital – kami juga bersedia untuk meneruskan 31 tahun dan lebih lagi dalam memajukan negara,”
“Kami juga begitu teruja untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan IoT bagi Kumpulan, yang menandakan komitmen Celcom dalam menyediakan laluan ke arah IR4.0. Celcom telah menjalankan usaha dalam forum IoT sejajar dengan pembangunan Malaysia selama lebih lima tahun. Pusat tersebut akan membolehkan kami membawa usaha ini ke peringkat yang lebih jauh, dengan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi permulaan penubuhan Pusat Kecemerlangan IoT, yang merangkumi pembangunan rangkaian, kandungan, penyelidikan dan ekosistem di Malaysia,”
– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad
Dalam majlis tersebut, Idham Nawawi dan pengurusan Celcom berpeluang membawa Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melihat pencapaian Celcom sepanjang 31 tahun dalam bidang teknologi, titik sentuh pelanggan, dan sumbangan kepada pembangunan masyarakat.
Menteri juga menyaksikan inovasi IoT Celcom dan menikmati perkhidmatan dan penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Celcom.
YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi and Multimedia Malaysia berkata, sokongan dan kerjasama daripada pemacu teknologi seperti Celcom amat penting untuk membantu kerajaan dalam merangka hala tuju ekonomi digital negara, serta memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam Revolusi Perindustrian Keempat.
“Saya berbesar hati Celcom akan menerajui usaha membangunkan Revolusi Perindustrian Keempat di Malaysia. Dengan sukacitanya, saya mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pembangunan IoT (Centre of Excellence) di ibu pejabat Celcom. Celcom juga akan memperuntukkan RM100 juta untuk lima tahun bagi membangunkan dan memangkinkan lebih banyak inovasi dan teknologi IoT tempatan di Celcom.”
– YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi and Multimedia Malaysia
Turut serta dalam majlis tersebut adalah Tan Chuan Ou, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi Celcom Axiata Berhad.