in

Celcom Perkenal Peranti Keselamatan Peribadi Pertama di Malaysia

Celcom Axiata Berhad memperkenalkan SafeMate™, sebuah peranti keselamatan peribadi yang membolehkan pengguna memohon bantuan kecemasan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Ia adalah pertama seumpamanya di Malaysia, dan pengguna SafeMate™ boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan hanya satu klik pada peranti pintar mereka dan memberi amaran responden pertama ke lokasi mereka untuk mendapatkan bantuan segera, walaupun telefon mereka dikunci. Digabungkan bersama aplikasi ‘React Mobile Mobile App’, pengguna boleh muat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka dan terus berhubung dengan SafeMate ™ sepanjang masa melalui Bluetooth.

Celcom

Apabila diaktifkan, peranti akan mencetuskan isyarat kecemasan ke pusat panggilan kecemasan yang beroperasi 24/7, diikuti dengan pengesahan pengguna mengenai keadaan kecemasan. Sekiranya tidak ada tindakbalas pengguna, pusat panggilan kecemasan 24/7 akan memaklumkan kepada kenalan kecemasan yang telah didaftarkan oleh pengguna. Pihak berkuasa tempatan, seperti polis, akan dihubungi jika tiada maklumbalas selepas kenalan kecemasan dihubungi.

SafeMate ™ oleh Celcom juga dilengkapi dengan ciri penjejak GPS masa nyata yang membolehkan ahli keluarga atau kawan terpilih mengesan pengguna dan membolehkan mereka menerima notifikasi segera pada bila-bila masa kecemasan.

Untuk masa yang terhad sahaja, semua pengguna pascabayar Celcom boleh mendaftar SafeMate™ oleh Celcom dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM240 dan menikmati tawaran pelanggan terawal pada harga RM9.80 untuk 12 bulan, termasuk jaminan satu tahun bagi peranti.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, berkata SafeMate ™ adalah satu lagi inovasi digital dan perkhidmatan daripada Celcom yang akan mempertingkatkan kehidupan pengguna dari segi keselamatan diri dan kesejahteraan mereka.

“Kami sangat teruja untuk menawarkan penyelesaian keselamatan yang berpatutan untuk semua orang dari segenap lapisan masyarakat, dan menekankan kepada tindak balas pantas bagi individu yang mengalami kesukaran, seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas atau risiko perubatan. Tindak balas yang lebih cepat daripada responden pertama akan meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa semasa keadaan kecemasan dan memperkuat langkah pencegahan terhadap jenayah,” katanya.

SafeMate™ oleh Celcom boleh didapati di semua kedai bluecube Celcom di seluruh negara. Untuk mengaktifkan SafeMate™ anda, pelanggan dikehendaki memasang Aplikasi Keselamatan React Mobile yang boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan SafeMate™ oleh Celcom, sila layari www.celcom.com.my

Celcom

Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi World Electronic Sports Games di Asean

Empat Drama Terhebat Yang Buat Korang Terpaku di Depan TV Sepanjang Julai Ini