in

Celcom Menambahbaik Pengalaman Pelanggan Dengan Menaiktaraf Sistem Bil

Celcom Axiata Berhad, dalam usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat, akan menjalankan penambahbaikan sistem bilnya, bermula 21 Oktober, Ahad pada 8.00 malam sehingga 22 Oktober, Isnin pada 9.00 pagi.

 

Semasa tempoh penambahbaikan, pelanggan masih boleh membuat dan menerima panggilan, menggunakan kuota data, SMS, MMS dan perayauan di luar negara seperti biasa. Walau bagaimanapun, urus niaga terpilih seperti berikut tidak disediakan buat sementara sehingga 9.00 pagi pada 22 Oktober 2018:

Untuk Transaksi Prabayar:

• Perkhidmatan prabayar seperti tambah nilai, pemindahan baki, semakan status akaun, dan langganan internet mudah alih.
• Pengaktifan dan pendaftaran talian prabayar baharu.
• Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM, dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.

Untuk Transaksi Pascabayar:

• Kesemua saluran pembayaran seperti aplikasi Celcom Life, transaksi perbankan atas talian, Perkhidmatan Pelanggan atas talian, portal perniagaan Celcom dan Kiosk pembayaran Celcom.
• Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM, dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.
• Langganan pas perayauan.
• Perkhidmatan lain seperti pendaftaran talian pascabayar yang baru dan Kemudahalihan Nombor (Mobile Number Portability -MNP) masih diterima, namun semua permohonan hanya akan diproses pada 22 Oktober, selepas jam 9.00 pagi.

Oleh itu, pelanggan prabayar digalakkan untuk menambah nilai dan melanggan internet mudah alih terlebih dahulu untuk memastikan bahawa mereka mempunyai baki kredit yang mencukupi untuk terus berhubung sepanjang tempoh penambahbaikan.

Bagi pelanggan pascabayar, mereka dinasihatkan supaya membuat bayaran untuk sebarang baki tertunggak sebelum tempoh yang dinyatakan, untuk mengelakkan sebarang kesulitan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan penambahbaikan.

Mohamad Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, berkata langkah menambahbaik yang bakal berlangsung telah dirancang dengan teliti agar sebarang gangguan perkhidmatan adalah minimum.

“Sebagai sebahagian usaha berterusan untuk meningkatkan dan memodenkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh, langkah ini adalah diperlukan untuk menjalankan pemodenan dan kami ingin memberi jaminan bahawa, kami telah mengambilkira kesemua langkah untuk memastikan kesulitan pengalaman pelanggan kami adalah minimum. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penambahbaikan dan menghargai timbang rasa pelanggan kami, ” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penambahbaikan sistem bil, pelanggan boleh terus berhubung di Facebook Celcom www.facebook.com/celcom/ atau Facebook Xpax www.facebook.com/xpaxfb/, atau dial *123# daripda luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Netflix Horror-thon 2018

Nah! Samsung Galaxy A9 Ada Empat Lensa Kamera