Celcom Axiata Berhad, akan menjalankan penambahbaikan sistem bilnya dalam usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat.
Celcom akan menggabungkan pelbagai sistem bil sedia ada kepada satu sistem bersepadu dalam tempoh penambahbaikan tersebut. Ini akan membolehkan Celcom untuk menyediakan caj masa sebenar, perkhidmatan kawalan kredit serta memberikan pengalaman baru kepada pelanggan dalam menguruskan langganan mereka.
Celcom Menambahbaik Pengalaman Pelanggan Dengan Menaiktaraf Sistem Bil
Sepanjang tempoh penambahbaikan tersebut, pelanggan akan berhadapan dengan gangguan perkhidmatan seperti berikut :
Ahad, 20 Mei 2018 daripada 8.00 pagi sehingga Isnin, 21 Mei, 6.00 pagi – perkhidmatan yang tidak disediakan pada tempoh ini :-
• Kesemua saluran pembayaran tidak disediakan sementara waktu. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan talian. Namun begitu pelanggan prabayar masih boleh membuat transaksi tambah nilai.
• Pelanggan tidak dapat mengakses Online Customer Service, Celcom Business Portal, Celcom Online Store dan Apilkasi Mudah Alih.
• Pendaftaran talian pascabayar yang baru dan Kemudahalihan Nombor (Mobile Number Portability -MNP) akan disediakan, namun semua permohonan hanya akan diproses pada 21 Mei, mulai jam 6.00 pagi. Manakala pengaktifan talian prabayar boleh dilakukan melalui saluran pengedar Celcom di sepanjang tempoh naiktaraf tersebut.
• Permohonan untuk menukar pelan, pertukaran kad SIM dan langganan Perkhidmatan Nilai Tambah tidak disediakan untuk sementara waktu.
Isnin, 21 Mei – pelanggan mungkin berhadapan dengan gangguan perkhidmatan seperti berikut :-
• Pelanggan pascabayar tidak dapat menerima panggilan dan pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh maksimum 15 minit, di antara pukul 4.00-6.00 pagi.
• Pelanggan pascabayar yang menggunakan perayauan antarabangsa di luar negara tidak dapat menerima panggilan dan SMS dalam tempoh sehingga empat jam daripada pukul 4.00-8.00 pagi (waktu Malaysia). Namun begitu, pelanggan di Malaysia dan juga luar negara masih boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, dan menggunakan data di sepanjang proses naiktaraf tersebut.
• Panggilan masuk dan penerimaan SMS akan kembali seperti sediakala selepas tempoh naiktaraf tersebut. Sekiranya berlaku kemungkinan di mana pelanggan menghadapi gangguan perkhidmatan selepas tempoh naiktaraf, mereka dinasihatkan untuk menghidupkan semula peranti mudah alih mereka.
Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan, Celcom Axiata Berhad berkata penaiktarafan tersebut telah dirancang dengan teliti dan dijadualkan dalam tempoh yang seuai untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan.
“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami telah pun mengambilkira kesemua langkah yang perlu diambil dalam memastikan impak penaiktarafan kepada perkhidmatan hubungan mereka adalah begitu minimum. Kami juga memohon maaf atas segala kesukaran yang dihadapi dalam tempoh tersebut dan berharap pelanggan dapat memahami bahawa proses ini adalah salah satu usaha berterusan dalam menambahbaik perkhidmatan kami. Penaiktarafan ini adalah antara pelbagai inisiatif yang kami lakukan untuk terus ke hadapan dalam mendigitalisasi pengalaman pelanggan,” tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut berkenaan penaiktarafan sistem bil tersebut, dail 1111 daripada talian Celcom dari dalam negara, atau *123# daripada luar negara, atau 019-601 1111 daripada mana-mana operator telekomunikasi yang lain untuk bercakap dengan Konsultan Perkhidmatan Pelanggan kami.